Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 30 Disember 2009

Part 2 : Ubahsuai T-shirt dewasa kepada skirt bertingkat kanak-kanak

Semangat saya begitu membuak-buak untuk mengubahsuai t-shirt2 yang sudah tidak digunakan oleh adik-adik saya.

Terima kasih Kakrul, Fahri, Sukri dan Azmi.....heheheheh....Terima kasih daun keladi.

Pelbagai perancangan menjahit telah ada di dalam minda saya cuma saya tidak berkesempatan untuk merealisasikannya lagi memandangkan baju seragam sekolah anak sulung masih belum siap sepenuhnya dijahit....


Memang seronok menjahit ini....Percayalah...Yang pentingnya ada kemahuan, minat dan sedikit alatan....Kali ini modal kain juga tidak perlu dikeluarkan kerana tidak perlu dibeli...Ubahsuai sahaja...Kalau saudari saudara ada koleksi t-shirt yang sayang untuk dijadikan kain buruk tapi sudah tidak muat digunakan...Marilah kita bersama-sama memulakan projek ini..Niat saya hanyalah untuk berkongsi, manalah tahu jika boleh digunapakai oleh saudari saudara...Sesungguhnya ilham dan ilmu ini datangnya daripada ALLAH s.w.t


Pada waktu ini saya hanya sempat memasukkan 2 jenis skirt bertingkat sahaja....Ukurannya pun saya main agak-agak sahaja....Tak berapa bagus macam tu bukan?, namun ada blog tertentu yang ada menerangkan cara ukurannya yang sangat terperinci...InsyaALLAH suatu hari nanti saya akan ulas tutorial tersebut....Tak sabar rasanya nak berkongsi cara menjahit skirt bertingkat tersebut.


Skirt ini agak ringkas kerana tidak dihias dengan riben dan renda....kerana saya bercadang untuk menjahit beberapa helai skirt untuk anak-anak saya...Cadangnya ada yang ringkas dan ada pula yang akan dihias dan dijahit hiasan bersulam yang telah saya beli lama dahulu di kedai RM1....


Sudi-sudikanlah melihat skirt ringkas ini sebagai pendahuluan tutorial skirt bertingkat....Bagi yang sudah ada idea, marilah kita buat sama-sama ya...Pattern baru skirt nanti akan saya kongsikan bersama dan saya juga bercadang untuk menjahit skirt bertingkat saya sendiri...Suatu hari nanti.... InsyaALLAH


Percayalah....Seronok memakai jahitan sendiri meskipun kurang kemas...Selamat melihat dan Selamat mencuba

a) Skirt bertingkat...keseluruhannya hijau...




b) Skirt bertingkat...belang-belang merah dan biru..Saya sengaja memasukkan logo t-shirt pada tingkat kedua skirt...
















Selasa, 22 Disember 2009

Part 1 : Apa yang boleh anda lakukan dengan T-shirt yang sedikit kusam, tidak lagi muat atau sudah bosan digunakan

Mukadimah: Ubahsuai T-shirt lama anda
Teringat saya ketika kecil dahulu.

Ada rakan abah yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kilang penghasilan t-shirt.

Ada ketikanya perca2 atau t-shirt yang hendak dilupuskan akan diberikan oleh rakan abah kepada abah yang sedang mengikuti kursus menjahit.

Abah saya sungguh kreatif...

Dengan apa yang ada...beliau berjaya mengubahsuai perca2 itu kepada berpasang2 baju tidur dan seluar adik-adik saya yang ketika itu di sekolah rendah dan tadika.

Melihat kesungguhan abah, saya, kakak dan emak turut tidak melepaskan peluang menghasilkan sarung bantal yang beraneka ragam daripada perca2 itu. Memang selesa kerana kain t-shirt sungguh selesa dan tidak panas.

Berpandukan kenangan itu dan pencarian di internet (saya berasa sungguh gembira sekali kerana rupa2nya bukan hanya kami yang menukar bentuk t-shirt kepada bentuk sekali.........banyak sekali idea2 di internet....cuba layari....menarik sekali idea mereka).

Untuk misi waktu ini, saya telah menyelongkar baju-baju puteri saya yang tidak muat lagi dipakai dan juga yang kotor sedikit untuk diubahsuai.

Balik kampung minggu lepas jua, berhelai-helai saya perolehi dari adik-adik saya...Baru-baru lagi t-shirt tu tetapi saiz sudah tidak sesuai...

Apa lagi sempatlah saya memulakan projek ubahsuai t-shirt saya....


Isnin, 14 Disember 2009

Tutorial Mudah Menjahit Kain Sarong Kanak-kanak / Sewing Kid's Sarong Easy Tutorial

Selamat melayari Laman Zakiah.
Sebuah laman yang saya reka untuk menyatakan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya miliki...
Saya sering melayari laman blog yang memuatkan tutorial menjahit yang lengkap dengan gambar dan ayat yang mudah diikuti...
Syabas buat mereka dan saya juga terfikir untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya miliki sementelah saya ada sedikit masa kerana sedang menjahit baju sekolah anak sulung saya..
Bukankah curahan ilmu yang bermanfaat ini adalah suatu kepuasan dan sekiranya semakin ramai yang mampu menjahit pakaian mereka dan anak-anak, bukankah ini akan dapat membantu menjimatkan lebih banyak sumber kewangan.
Untuk tutorial permulaan ini, saya ingin berkongsi cara mudah untuk menjahit kain baju kurung kanak-kanak...
Mungkin cara saya ini tidak menepati skema jahitan yang sebenar kerana saya tidak memiliki sebarang tauliah dalam jahitan namun pengalaman secara tidak langsung belajar menjahit daripada abah, emak, rakan-rakan, makcik-makcik, kakak-kakak dan laman internet yang saya praktikkan selama ini ingin sekali saya perturunkan buat semua yang sudi membaca tutorial ini...


Teringat saya dahulu, jika abah dan emak menjahit menjahit baju saya, saya sungguh teruja sekali dan akan memerhatikannya dengan perasaan gembira....Dari situ saya mula belajar, tambah pula minat menjahit memang ada.
Namun bila saya sudah mula menjahit baju2 saya sendiri....saya rasa kekok untuk menjahit di hadapan abah...hihihi kerana abah sangat kemas jahitannya.
Kenapa saya panggil cara ini cara mudah? Kerana biasanya kain kanak-kanak tidak perlu dijahit zip kerana ini memudahkan mereka untuk memakainya sendiri.


Langkah Pertama:
1) Ambil contoh kain baju kurung yang selesa dipakai oleh si pemakai.Oleh kerana anak-anak saya cepat tinggi...Biasanya saya akan lebihkan lagi panjang kain tersebut....


Langkah Kedua
2) Bentangkan contoh kain tersebut di atas material yang telah dibeli... Pastikan lipatan rumpulnya juga dibentangkan supaya lebar lipatan rumpul juga dikira. Dalam contoh gambar ini, saya membeli kain kapas untuk menyediakan kain baju sekolah kebangsaan (biru tua) dan kain baju sekolah KAFA (hijau)....
Kain kapas ini saya beli di Kedai Perniagaan Lim di Pendang dengan harga RM2.50 semeter dan untuk untuk setiap warna, saya telah membeli 6 meter untuk menjahit 5 helai kain baju kurung untuk setiap satu warna.
Langkah Ketiga

3) Potong kain dengan berhati-hati. Panjang kain perlu dilebihkan untuk menjahit getah kain dan lipatan di bawah kain. Biasanya saya akan letakkan getah di atas kain dan melebihkan ukuran untuk menjahit getah kain mengikut lebar getah kain tersebut.



Langkah Keempat

4) Cantumkan hujung kain. Oleh kerana saya tidak mahu menghantar kain-kain ini ke kedai untuk dijahit tepi kerana mahu cepat siap, maka saya menjahitnya dua kali iaitu yang pertama, cantumkan tepi kain dari bahagian hadapan kain. Kemudian terbalikkan jahitan tersebut dan jahit sekali lagi seperti gambar di bawah. Dengan cara ini, jahitan kita lebih kemas dan lebihan benang di tepi kain tidak akan tertarik.


Langkah Kelima

5) Jahit bawah kain. Ada beberapa jenis jahitan yang sering saya buat iaitu sama ada jahitan biasa yang dijahit dua kali pada bawah kain atau jahitan zigzag. Sekarang saya memang lebih gemar menjahit zizgzag sahaja di bawah kain kerana lebih mudah dan cantik.Caranya lipat sedikit kain di bahagian bawah....Biasanya saya gunakan bahagian kain yang ada lubang kecil-kecil itu. Jahit zigzag menggunakan benang yang sama warna dengan kain.


Langkah Keenam


6) Langkah ini sangat penting kerana ia menentukan keselesaan kain iaitu melipat rumpul. Lipat satu persatu dengan saiz yang sama iaitu seperti kita melipat kipas kertas. Pinkan rumpul yang telah siap.


Langkah Ketujuh

7) Jahit bahagian atas rumpul (tepi) tersebut supaya rumpul tidak lari apabila kita menjahit getah nanti.


Langkah Kelapan

8) Jahitkan getah kain di bahagian atas kain (bahagian pinggang) yang telah siap dijahit rumpulnya. Oleh kerana kain-kain ini tidak dijahit tepi maka saya perlu sembunyikan hujung kain yang dipotong ke bahagian dalam sebelum menjahit getah supaya benang tidak tertarik. Jahitkan hujung getah dahulu supaya getah tidak lari.


Keterangan gambar:

Mengagak lebar jahitan getah kain dengan meletakkan getah di atasnya.

Keterangan gambar: Jahitkan hujung getah di atas bahagian tersebut (garisan hitam)



Keterangan gambar:

Jahitkan getah mengikut garisan putih sehingga keseluruhan 9/8 bahagian pinggang telah dijahit. Jangan potong dahulu lebihan getah tersebut. Ukur lebar pinggang anak yang selesa untuknya, potong dan jahit hujung getah seperti tadi dan habiskan menjahit di bahagian pinggang.


Langkah saya ini agak berlainan daripada yang diajar oleh abah saya kerana seperti yang saya katakan saya mahu cepat siap. Namun kita perlu berhati2 supaya getah tidak terjahit bersama pada kain. Cara yang diajar oleh abah saya ialah jahit dahulu ukuran getah pada pinggang kain, barulah masukkan getah dengan menggunakan pin. Terpulang langkah mana yang selesa diikuti.

Langkah Kesembilan
9) Tarik bahagian pinggang dan pastikan kerutan di pinggang adalah sekata dan jahit tengah getah tersebut.


Dah siap!!!!!!!!!!!!
Senang kan??????????
Jika tutorial ini agak kurang jelas untuk diikuti.... saya mengalu-alukan soalan2 anda.....Dengan berbesar hati saya akan cuba menjelaskannya dengan lebih baik.

Selamat mencuba!!!!!

p/s: Jika kebuntuan untuk memasak hari ini.... Cuba ikuti tutorial ini..memang mudah dan jimat....kanak-kanak pun suka.

Khamis, 10 Disember 2009

Hooray disertasi telah dihantar


Alhamdulillah saya telah berjaya menghantar disertasi saya pada 8 Disember lepas.

Syukur Ya! ALLAH.

Saya sendiri tidak menyangka saya berjaya menghabiskan pengajian ini....

Rabu, 2 Disember 2009

Disertasi

Minggu selepas Hari raya AidilAdha ini sememangnya minggu yang agak menyesakkan... Apataknya petang sebelum pulang ke Kedah untuk berhari-raya; barulah draf disertasi dapat diambil....
Terima kasih untuk penyelia dan pemeriksa di atas segala tunjuk ajar...Memang banyak helaian yang dilipat bagi tujuan pembetulan... Saya bersyukur...Alhamdulillah... Sesungguhnya penerimaan pihak mesyuarat atas disertasi sudah berjaya menambahkan kegembiraan dan kegirangan di hati saya.

Syukur kepada ALLAH s.w.t yang telah melapangkan dan memudahkan mini projek ini sehingga selesa...

Ketika di permulaan perlaksanaan projek...saya sering tertanya-tanya samada saya mampu menyelesaikannya atau tidak..

Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah kerana persekitaran kerja di makmal Kromatografi dan Tradisional yang sangat memberangsangkan.... Di sinilah cinta saya kepada bidang penyelidikan telah bermula... Para pegawai dan kakitangan di kedua-dua makmal ini memang baik sekali dan sangat menjiwai kerja mereka.

Hari Isnin dan Selasa, saya berkampung di pejabat. Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada Dr. Su yang sudi meluangkan masa emas beliau untuk menyemak disertasi saya...Memang banyak kekurangannya...


Perkara yang perlu diselesaikan sebelum hari Jumaat ini.

1) Siapkan pembetulan

2) Cetak 8 salinan

3) Bukukan dengan kulit keras

4) Jangan lupa zakiah, Surat pengesahan juga perlu difotostat dan dibukukan bersama


Sebagai kenangan untuk diri sendiri: High Performance Liquid Chromatography yang saya gunakan dalam mini projek saya...

Rabu, 25 November 2009

Ketakutan

Semalam suami saya mengeluh... mengadu bahawa akhir2 ini dia telah menjadi seorang pelupa...
Aduan ini telah saya terima beberapa kali daripada beliau sebelum ini...

Nasihat saya:

  • Sebutkan perancangan atau tindakan yang ingin dilakukan kepada diri sendiri.

  • Buat checklist untuk diri sendiri

Saya sering melakukannya untuk diri saya kerana saya juga begitu....Pada pandangan saya, mungkin kerana dosa saya banyak.....dan saya perlu mengubah diri saya kepada yang lebih baik... bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri...Pernah saya berlari ke tingkat atas rumah untuk mengambil barang tetapi bila saya tiba di atas...saya tidak ingat lagi apa yang perlu saya ambil....Puas saya ke hulu ke hilir....masih tidak ingat ingat juga. Puas saya memarahi diri sendiri juga masih tidak ingat akhirnya lebih baik saya buat kerja lain dulu...dan akhirnya ia akan datang sendiri....:)
Mungkin juga kerana terlalu banyak yang saya fikirkan dalam minda saya dan saya tidak berupaya menghalangnya untuk berlegar-legar memikirkan pelbagai perkara.
Apapun... jika sesuatu hal tidak berapa penting...mungkin ada hikmahnya kita terlupa perkara itu...(mungkin) (dan ingat ini adalah hanya untuk perkara yang remeh-temeh)........

Hari ini juga saya telah benar-benar terlupa. Puas saya hubungi Prof. Tan untuk mengambil draf....rupa-rupanya meeting itu hari ini dan bukannya semalam.....Malu saya....risau sendiri daripada semalam rupa-rupanya saya telah tersilap haribulan...Apapun senyum.......



Khamis, 19 November 2009

Birthday puteri-puteri


Semalam saya dan suami mengadakan sambutan hari lahir untuk kedua-dua puteri kami di sekolah tadika mereka. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu menguruskan sambutan sederhana itu dan selepas suami saya pulang petang itu, sekali lagi kami mengadakannya di rumah untuk kami berlima sahaja....

Teringat saya ketika saya di sekolah rendah dahulu, teringin benar saya untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir (hehehehe) (macam-macam kan saya ni...) (yalah selepas menghadiri pelbagai jamuan hari lahir rakan-rakan, teringin juga kan...).

Namun saya amat maklum, ia adalah di luar kemampuan abah dan emak...

Kami bukanlah miskin, tiada yang kurang... Cukuplah kalau saya simpulkan sebagai sederhana... dan saya tahu, banyak benda yang perlu diutamakan oleh abah dan emak.... dan sambutan hari lahir tiada dalam senarai keutamaan itu...sementelah hanya abah seorang yang bekerja dan adik-beradik saya agak ramai...

Akhirnya dek kerana keinginan saya yang amat tinggi...saya berjimat cermat berbelanja dan akhirnya saya mengadakan sambutan itu dengan amat sederhana...tetapi seronok benar rasanya kerana kami beramai-ramai berkumpul makan-makan dan bermain beramai-ramai....main bola dua pihak dan kerusi beracun...... Ini pun hanya berjaya diadakan dengan kerjasama emak dan adik-beradik saya...(hehehe)

Emmm........ jika difikir-fikir......

meskipun hal ini amat kecil, namun bagi saya natijahnya amat besar....

Ia berupaya menambah keyakinan saya bahawa sesusah mana pun suatu perkara....ia pasti akan berhasil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh....


Emmm.....

Tak lama lagi... puteri pertama saya akan memulakan sessi persekolahan di sekolah kebangsaan dan kafa integrasi...

Saya merancang untuk menyediakan 5 pasang baju sekolah memandangkan saya tak mungkin dapat mencuci baju sekolahnya setiap hari....akhir Disember ini...saya akan mula bekerja semula...

Cita-cita memang besar...kononnya mahu menjahit sendiri tetapi kain kapas juga belum dibeli...Ini sudah bulan November...

Mungkin membeli yang sudah siap lebih mudah dan harganya lebih kurang pula.... (saya akan membuat kira-kira baru sekiranya perancangan saya untuk menjahit sendiri akan menjadi kenyataan....jangan hangat-hangat tahi ayam sudah)...

Belum lagi habis menjahit baju yang telah dipotong dan dijahit tepi semalam....heheheh (tapi dalam minda sudah ada perancangan untuk memulakan aktiviti lain pula...)

Kadang-kadang saya fikir, minda saya terlalu ligat merancang dan selepas merancang, minda saya telah melakukan aktiviti tersebut dengan imaginasi dan ia menunggu masa untuk dilaksanakan...

Fuhhhhhhhh........


Saya masih mahu mencoretkan kenangan saya ketika di alam persekolahan dahulu...

Ketika abah bawa saya ke kedai mini market, kedai Tonjang dan kedai ubat di Kundang untuk membeli kasut sekolah...Saya tidak pernah meminta abah untuk membelikan kasut yang agak mahal seperti di iklan televisyen....

Bukan kerana saya tidak teringin....

Iklan-iklan di tv itu sebenarnya benar-benar telah menawan hati saya (hahahah...saya memang suka tengok iklan)....tetapi saya tahu ia agak mahal.....

sebaliknya saya akan pilih kasut sekolah yang agak murah....


sehinggalah selepas keputusan SRP saya telah keluar (meskipun saya tidak memperolehi 8A1)...Bagi abah, saya telah berusaha sebaik mungkin dan mungkin juga bagi abah, keputusan itu agak baik untuk saya....abah membawa saya ke supermarket untuk memilih kasut sekolah...

Saya masih seperti dahulu memilih kasut yang biasa dan murah harganya tetapi abah (waktu itu abah telah pun pencen dan abah mengambil upah menoreh getah).....abah telah membelikan kasut yang mahal buat saya (itulah kasut pertama yang berharga lebih RM20 yang pernah saya miliki)....ia memang berbeza daripada kasut-kasut sekolah saya lain....

Terima kasih abah....saya tidak pernah mengimpikan semua ini....
Saya tahu, itu semua hadiah abah kepada saya.......

Malah abah juga telah menghadiahkan lagi sepasang kasut hitam buat saya...(bagaikan abah telah tahu bahawa saya akan menjadi seorang pengawas di menengah atas)


Terdiam.......Tarik nafas.........
Air mata saya sentiasa bergenang kalau mengenangkan hal ini semua...
Tak mungkin saya dapat membalas semua jasa emak dah abah saya....
Malahan meskipun saya telah bekerja sekarang....
Tak mungkin saya dapat menjaga mereka seperti mana mereka menjaga saya dahulu.....

Terima kasih emak dan abah

Model Face Mask







Lama benar saya tidak menulis di sini.
Bukan kerana saya telah melupakan erti sebuah perkongsian.
Namun dek kerana ketidakcekapan pembahagian masa dan terdapat perkara yang menuntut keutamaan masa....enak sekali blog ini menjadi suatu laman yang penuh sawang....
mujur juga tidak lenyap terus...sayang juga...ia seperti diari dan suatu dimensi hati saya yang tidak dapat saya luahkan melalui perbualan
Sebenarnya saya ingin berkongsi mengenai beberapa gambar yang saya ambil ketika Swine Flu begitu hangat melanda negara kita..
Saya amat-amat bimbang dengan penyakit ini...
Bukan untuk diri saya sendiri namun untuk semua umat manusia dan hidupan di muka bumi ini...
Lebih lebih lagi ketika ia amat hangat di Malaysia, saya dan keluarga turut menghidapi selsema dan beberapa kali kami berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan kepastian. Alhamdulillah kata doktor, ia hanya selsema biasa.
Buat ibu bapa dan kaum keluarga dan keluarga yang kehilangan orang yang tersayang akibat virus ini... saya dan keluarga ingin menyampaikan salam takziah kami.

Selasa, 4 Ogos 2009

Penantian yang tidak ternoktah


Dalam hidup ini terlalu banyak yang saya nanti dan akan tetap saya nantikan. Pendek kata setiap hari, penantian itu tidak akan ternoktah; sekiranya yang lalu telah diperolehi.... ia akan tetap berulang dan berulang kerana saya pasti menanti sesuatu yang baru lagi....

Bolehkah saya simpulkan bahawa hidup ini adalah satu penantian?????

Bukankah kita juga sedang menanti untuk dipanggil pulang ke pangkuan YANG MEMILIKI...

Namun bukan dengan berdiam diri... atau mencari saat kepulangan itu....

Meskipun saya sedang sakit... saya juga tidak tahu sama ada kesakitan ini akan menyebabkan saya terus pulang ke pangkuan ILAHI...

Saya teringatkan cerita rakan sekelas yang juga sedang tekun melaksanakan mini projeknya seperti saya...

Kami sama2 memerapkan diri di dalam makmal namun bukan bukan di dalam makmal yang sama.

Beliau menelefon saya menceritakan perjalanannya ke universiti yang telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang mahasiswa yang tinggal di kawasan apartmen yang sama...(Kisah ini telah tersiar di banyak akhbar tanah air)

Saya berfikir sendiri...

Saya gayat... apabila berdiri di tempat yang tinggi... kedudukan jantung saya seakan tidak stabil...ia bagaikan terawang-awang dan menunggu masa untuk tercabut...argh!!!!

Saya mendoakan supaya semua orang yang mahu membunuh diri mempunyai sifat GAYAT supaya mereka tidak akan meneruskan niat mereka untuk terjun bangunan atau jemputan atau bukit atau gunung...

Lihatlah dunia yang amat luas ini...

Tibanya masalah atau kesedihan dalam hidup ini bukan menandakan berakhirnya riwayat hidup kita...

Ia menandakan suatu kematangan apabila kita dapat mengatasinya....

Kejayaannya adalah suatu kemanisan yang tidak ternilai rasanya...

Saya menulis daripada pengalaman sendiri...

Saya pernah gagal subjek yang saya ambil di universiti dahulu...saya mengulang subjek berkali-kali

Dan saya bersyukur dan amat bersyukur

Jika saya tidak bangkit semula selepas kegagalan itu, saya tidak dapat bayangkan keadaan saya...

Inilah suatu kemanisan dalam kehidupan....

Saya pernah gagal dalam percintaan dengan sang manusia dahulu...

Dan jika saya menutup pintu hati saya dan tidak menerima cinta yang dihulurkan oleh suami saya.....

Mungkin kehidupan saya tidak seistimewa sekarang...

Alhamdulillah

Syukur pada MU Ya ALLAH...

Saya tidak akan biarkan hidup saya tertewas dan kebangkitan saya terkubur

Saya yakin setiap manusia ada kesungguhan dan kekuatan...
Semoga kita semua kekal begitu


Sabtu, 18 Julai 2009

Riang Ria Hari Sabtu: ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah Syukur kepadaMU Ya! ALLAH
Atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya! ALLAH
Atas ketibaan Eurycomanone dan LPO pada hari yang sama
Memudahkan dengan adanya rakan dan suaminya yang sudi membantu menguruskan
Memudahkan dengan adanya suami yang baik

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya!ALLAH
Hari ini Hari keluarga tempat suamiku mencurahkan tenaganya berjalan dengan lancar dan ceria
Makmurkanlah

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya! ALLAH
Ketibaan sekeping cek yang sungguh tidak disangka
Setelah sekian lama harapan hampir hilang

ALHAMDULILLAH

Jumaat, 17 Julai 2009

Award dari PUan NAnnie


Inilah pertama kali saya dapat award blog hehehehe

Sebenarnya saya masih hijau dalam dunia blog ni walaupun hayat blog saya agak lama...

Award ini saya perolehi daripada Puan Nannie yang sangat kreatif dan pandai menjahit..Terima kasih Puan Nannie

Memang selalu saya lepak meninjau dan membaca blog Puan Nannie...

Seronok sangat...

Bagi saudara-saudari yang ingin belajar tentang dunia kreativiti dan jahitan.

Bolehlah masuk ke laman Puan Nannie http://smockingwithnannie.blogspot.com/

Award ini ingin saya hadiahkan buat Kak Roslina, Puan Syima Syawal, Raja Radhiah dan Kak Ida Syzrina. Ambil ya

Rabu, 24 Jun 2009

Kesultanan Melayu Melaka Dalam Kenangan

Cuti sekolah yang lalu
Saya berkesempatan membawa 3 puteri melawat Melaka yang indah bersama adik-adik saya
Terima kasih Cikgu Norul dan suaminya Cikgu Iskandar serta adikmiah yang sudi melayani kerenah 3 puteri saya
Melaka yang telah mencipta satu momen perjuangan Melayu satu masa dulu
Bagi saya Melaka sangat unik
Entah kenapa jika berbicara mengenai Melaka
Naluri saya mudah tersentuh
Sungguh saya tidak sekuat Tun Fatimah
Sungguh saya tidak sehebat Hang Tuah
Namun teman-teman sekalian marilah layari Melaka bersama-sama. Lihat gambar di sini

Erti kesibukan sebagai seorang insan


"Maaf lama tak call, sibuk sikit,"


Alasan

Mengapakah kita sering menciptakan alasan?

Saya memasuki dunia facebook dan friendster dengan cita2 yang besar

Ramai rakan dan saudara-mara saya invite sebagai rakan

Niat saya, saya mahu beramah-tamah

Saya mahu membina lingkaran persahabatan dan persaudaraan di dunia cyber ini

Sementelah saya sering mengandaikan bahawa saya dan orang lain tidak punya masa untuk berbual dan berjumpa selalu

Sungguh itulah realiti hidup

Meskipun kita ada 24 jam tapi kita tidak punya banyak masa sebanyak itu untuk menjalinkan rasa ukhuwah

Saya tidak menyalahkan sesiapa

Untuk ibu dan ayah, memang wajib kita menelefon dan bertanya khabar


Argh... perit untuk saya katakan

betapa terlalu ramai rakan dan saudara-mara yang tidak sempat saya hubungi dan lawati selama ini

atau kadangkala saya hanya sms sahaja dan perbualan secara sms itu juga mengambil masa yang berhari-hari untuk tamat

rumitkan dunia multimedia ini

tapi pada saya, sms memudahkan berbanding telefon

kerana sms boleh dibuat sedikit2 sambil bekerja

Ia boleh dibuat sedikit2 sambil memasak atau mengemas rumah atau sambil menonton tv atau menjaga anak

Ia juga lebih murah dan lebih banyak rakan dan saudara mara yang boleh dihubungi

Ia lebih mudah berbanding email


Maaf kiranya selama ini hanya sms sahaja yang mampu saya hulurkan

Namun saya tidak pernah melupakan

Itulah tanda ukhuwah saya

Sesungguhnya kalian semua sentiasa dalam doa saya


Sama-samalah kita memahami

Bahawa banyak cara melabuhkan ukhuwah

Usah dipadamkan jalinan ukhuwah yang pernah menyala





Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Saya sering memulakan bila hati dan akal saya telah selari mahukannya

Kadangkalanya saya tidak berfikir terlalu panjang jika risikonya tidak terlalu besar

atau jika buruk risiko yang akan mendatang tidak banyak merugikan saya

Yang penting saya akan cuba dahulu

Pada saya, mencuba tidak merugikan

walaupun kadangkalanya apa yang saya lakukan tidak mencapai kriteria yang juri kehendakki

Juri?????

Semua insan adalah juri

Malah kadangkala haiwan juga boleh menjadi juri
Saya adalah juri dan kita semua adalah juri
Ramai orang mungkin menjual barang yang sama tetapi kita sebagai pembeli akan menjadi juri untuk membeli apa yang kita mahukan
Berbalik kepada tajuk saya di atas
Apabila sesuatu langkah telah kita mulakan
Dan jika langkah itu telah menjadi panjang ke hadapan
Dan pada ketika itu hati kita berbolak-balik samada mahu terus ke hadapan atau berpatah balik
Fikirkan sahaja mana yang lebih menguntungkan
Sekiranya berpatah balik lebih menguntungkan, tidak salah untuk kita berpatah ke belakang
Sekiranya meneruskan pula lebih baik, teruskan sahaja langkah kita
Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya lakukan; nah kembali sahaja kepada ayat saya di awal bicara tadi
Jika saya, sekiranya risiko atau kerugiannya terlalu kecil, saya suka untuk habiskan sahaja apa yang saya mulakan....
Kerana pada saya permulaan adalah menandakan satu pengakhiran
Tetapi selagi kita tidak memulakan, hanya perancangan sahaja yang wujud, nah sampai bila pengakhiran perancangan kita tu akan tiba
Sungguh pening tulisan saya kali ini
Tetapi itulah hakikat bicara hati saya buat masa sekarang
Banyak yang telah saya mulakan dalam suatu jangkamasa yang serentak
Banyak yang perlu saya habiskan
Di sinilah sampainya tajuk tulisan saya pada ketika ini
Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Selasa, 2 Jun 2009

MENCIPTA MASA....(Biar betul?)


Anda Terlalu Sibuk Sekiranya.....

Sekiranya jawapan anda "Ya" untuk tiga atau lebih soalan yang berikutnya.

maka anda mungkin peru mencari cara untuk MENCIPTA MASA


(Dipetik daripada buku Mencipta Masa...Pengurusan masa praktikal yang benar-benar berkesan oleh Kris Cole, diterjemahkan oleh Nor Azizi Abdullah, Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.)


Renungan untuk diri dan ingin dikongsikan untuk sahabat-sahabat semua



  • Kerap terjaga dalam keadaan penat dan lesu?

  • Terjaga di tengah malam memikirkan semua kerja yang terpaksa anda buat pada hari esok atau yang tidak anda buat semalam?

  • Sentiasa 'memusing roda'; bertungkus lumus tetapi tidak sampai kemana pun.

  • Lupa menunaikan janji?

  • Tangguh kerja dan terpaksa menanggung kesannya?

  • Buat kerja untuk semua orang kecuali diri sendiri?

  • Minum kopi untuk menenangkan fikiran?

  • Terus 'menerkam' bahan fail masuk atau e-mel sebaik saja menerimanya?

  • Tidak pernah cukup masa untuk berfikir, selalu ketinggalan dan sukar untuk mengawal keadaan?

Khamis, 28 Mei 2009

Wajah-wajah suci puteri-puteriku

Setiap kali menatap wajah puteri-puteri
Hati saya teringat
Mereka umpama kain putih
Adakah saya dan suami telah mencorakkannya dengan baik?
Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami
Sesungguhnya kami adalah hambaMU yang lemah
Namun kami akan sedaya upaya memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan
P/s: Semenjak dua menjak ni, entah mengapa banyak blog tidak boleh saya tinggalkan komentar
Banyak blog telah saya layari
Sob sob



Isnin, 18 Mei 2009

I miss all my families

Jangan percaya pada tarikh. Foto ini diambil pada mac 2009 bersempena ketibaan musim bunga di Pendang
Gambar ini pula saya ambil daripada hasil kreativiti adik saya Fahri... (dua biji kereta itu ditambahnya) Pokok limau Bali yang bukan di Bali sebaliknya di Muar itu tidak pernah serik menghasilkan buahnya tanpa mengira musim...Saya memang suka buah ini bak kata anak saya (setiap kali beliau memakannya: kenapa ada macam2 pokok kat rumah atuk?)

Sudah hampir dua bulan, saya dan keluarga tidak pulang ke mana-mana kampung samada kampung saya atau kampung mertua.

Rasa bersalah pun ada...mereka semua adalah tanggungjawab saya dan suami

April dan Mei... saya terperangkap di dalam musim exam...Alhamdulillah sudah selesai

Selesai exam, baru tadi saya dan keluarga pulang dari membawa anak bercuti di Hotel Palace Of Golden Horses (rasa sedih melihat pengorbanan anak2 dan suami dalam mengizinkan saya bergelar seorang pelajar)......Alhamdulillah...Insya ALLAH saya akan masukkan gambar-gambar di sana.


Mulai Rabu hingga Jumaat ini, saya perlu menghadiri kursus...susah hati betul untuk berpisah dengan anak-anak dan suami untuk jangkamasa pendek ini

InsyaALLAH pada Jun ini, kami akan balik ke Kedah dan Johor... bertemu dengan kedua-dua ibu...

Emm...sebenarnya saya banyak keluarga angkat (anugerah ketika mengikuti OPKIM di musim belajar dulu)...

Saya sedang berusaha untuk mengatur masa melawat mereka.......

Saya tak pernah lupakan semua keluarga kandung, mertua dan angkat saya...

Saya sayang semua..

Airmata saya hanya mampu menitik secara intrinsik...

Maklumat untuk segmen pengucapan awam masih belum lengkap...

Saya sedang berusaha

Jumaat, 15 Mei 2009

Tag Hari Ibu.......... Daripada Puan Syima Syawal


...10 Facts About Me...


1. Sensitif hanya pada orang yang yang disayangi....

2. Suka makan...tapi berat badan sukar nak naik... Hubby kata macam rangka sebab dia comel teddy bear. Perasan....heheheh

3. Banyak sangat idea kat kepala... Fikir...fikir...fikir... kalau tak dicatat lupa

4. Suka belajar benda baru tapi tak suka peksa.... tolong.... takutnya tunggu result exam kuar

5. Cepat marah pada mereka yang disayangi... nak buang jejauh tu..........sifat mazmumah tu

6. Suka minum air manis.... tengah cuba kurangkan sebab takut kena Diabetis mellitus

7. Suka baca novel lompat-lompat.... yang penting tahu jalan cerita dulu.... tak boleh tidur kalau tak tahu ending dia camna

8. Segan nak skipping ops speaking.... rasa inferior je.... nak buang jugak sebab segan tu tak ke mana

9. Suka tengok filem lama

10. Seronok mengandung tapi aduhai bila fikir bersalin.... rasa tetakut sikit.


Thanx Puan Syima for the tags

Class of 2008/2009 Universiti Malaya


Sekuliah bersama younger students make me feel young..... Heheheh

Sabtu, 25 April 2009

Lagi Kisah Pesta Buku Antarabangsa 2009








Inilah majalah-majalah dan buku-buku yang sempat saya sambar untuk tatapan dan bacaan kami sekeluarga.
Suami saya cukup terperanjat ' banyaknya'
itu sahaja yang mampu diucapkan. heheheh
Anak-anak saya cukup cemburu kerana kelihatannya lebih banyak bacaan untuk saya
Saya pun terperanjat juga sebenarnya
Kerana kekangan masa untuk menghantar anak ke sekolah
dan keperluan saya untuk menghadiri kuliah
Inilah yang bisa saya sambar hari itu
Untuk melihat lagi buku yang saya beli untuk puteri-puteri saya,
kliklah disini

Jalan-jalan Cari Busana Muslimah

Dah lama tak menjenguk T-shirt muslimah
Kali ini tersambar pula beberapa helai T-shirt yang manis-manis belaka
Harganya pula berpatutan
Materialnya selesa dipakai
Designnya pula menarik hati yang memandang
Untuk yang berminat untuk menjenguk dan menyambar T-shirt muslimah tersebut
Marilah menjenguk
Anda pasti tertawan
Klik saja di sini

Jumaat, 24 April 2009

Demam Vs Exam

Saya hanya sedar bahawa setiap kali saya menghadapi peperiksaan besar semenjak usia sudah lanjut ni (hehehe), saya dilanda demam + selsema + pening kepala + sakit-sakit sendi dan badan. Pada mulanya saya tak sedar acapkali ia terjadi begitu.
Sehinggalah rakan sekelas saya Maryam menghantar sms kepada saya menyatakan bahawa nampaknya setiap kali saya menghadapi peperiksaan, saya demam. Memang kuat ingatannya...
Tak dapat saya nak berblog panjang kali ini.... Peperiksaan masih belum tamat dan demam masih belum kebah....
Saya redha atas dugaan ini dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
Banyak kali, suami saya yang amat mengambil berat mengajak saya ke klinik tetapi setiap kali itu juga, saya memberi alasan. Sungguh saya sudah menelan paracetamol, muscle relaxant, antihistamin dan stugeron apabila perlu.
Benarkah dulu kata rakan saya bahawa 'biasanya pharmacist lah, pesakit yang paling tidak suka makan ubat' hehehehe ... Entahlah.
Namun kadangkala saya fikir, benar juga apa yang dikatakan.

Rabu, 22 April 2009

Mama, benarkah hantu itu wujud?


Saya sering ditanya oleh puteri-puteri saya akan soalan di atas.
Jawapan saya:
Hantu tiada, yang ada ialah syaitan. Syaitan memang gemar mengacau manusia dan ia adalah makhluk yang dicipta olah ALLAH s.w.t daripada api. (Panjang lagi penerangan saya bersambung)

Malam itu, 3 puteri dan suami sedang menonton televisyen. Saya memang tidak gemar melihat lampu dan kipas terpasang jika tiada penghuni yang menghuni di situ. Saya terdengar bunyi kipas yang keluar dari bilik 3 puteri saya. Tanpa banyak soal, pantas benar kaki saya melangkah mendekati seraya hati saya membebel-bebel sendirian...hehehehe.

Saya hampir menjerit apabila melihat suatu lembaga yang memakai baju puteri saya duduk bertenggek di almari yang dipasang bersama katil berkembar 3 milik 3 puteri saya. Saya tidak mampu menjerit dan segera memasang lampu bilik anak. Ha!!!!!! dan saya ketawa sendiri. Mujurlah saya tidak menjerit. Jika tidak pasti suami dan 3 puteri akan terburai gelak tawa yang bila akan berkesudahan.

Hendak tahu apa yang saya lihat? Jawapannya ada pada gambar di atas..Rupanya suami saya telah terkena dulu

Puteriku sayang


Sejarah yang berulang....
Sungguh mama tak marah padamu sayang...
Ingin tahu apa yang berlaku pada puteri saya kali ini... Marilah klik di sini

Ahad, 19 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 17-26 April 2009



Gambar 1: Pelbagai bungkusan majalan dan buku yang belum sempat dibuka

Gambar 2: Kasihan puteri-puteri saya!
Puteri sulung dan Puteri tengah yang sudah keletihan dibawa oleh mama ke hulu dan ke hilir, menjamu mata dan membeli pelbagai buku dan majalah di aneka gerai penerbitan.
Kami sempat pergi pada hari pertama tetapi tidak lama...

Lagi gambar boleh dilihat di sini

Selasa, 14 April 2009

Kerjaya di Karangkraf


Anda memerlukan pekerjaan???????


Di sini, saya ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang diperolehi daripada lama web Karangkraf.


Karangkraf adalah sebuah syarikat berskala gergasi di dalam bidang penerbitan di Malaysia. Prestasi syarikat ini amat membanggakan. Ia bukan sahaja terlibat di dalam bidang penerbitan, malah turut terlibat dalam percetakan dan pengedaran majalah dan akhbar yang bermutu dan dikenali ramai. Siapa tidak kenal dengan majalah Mingguan Wanita, Pa&Ma, Seri Dewi dan Keluarga, Bintang Kecil, MIDI, Dara.com (hanya menyebut beberapa sahaja).



Jika saudara saudari mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karangkraf. Syarikat dan produk yang diterbitkan oleh syarikat ini turut terpapar di dalam ensiklopedia bebas.


Jangan tunggu lagi........ Layarilah laman web Karangkraf di sini sekarang dan maklumat lanjut mengenai aktiviti syarikat ini juga boleh diperlolehi daripada laman utamanya.


Maklumat penghantaran adalah kepada:

PENGURUS BESAR, JABATAN SUMBER MANUSIA,
KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD (Co No:54179-V)
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Emel : recruit.hr@karangkraf.com

Maklumat ini dipetik daripada laman web Karangkraf.


Isnin, 13 April 2009

KEMPEN JAUHI HIV / STAY AWAY FROM HIV CAMPAIGN


Penanda buku ini terhasil hasil kerjasama WONDERPETS yang terdiri daripada mama, puteri pertama dan puteri tengah kesayangan mama. Pada hari itu puteri ketiga terpaksa dihantar ke rumah Wan Leha bagi tujuan penyiapan dan latikan persembahan tersebut. Oleh kerana itu mama terpaksa mengambilalih kedudukan puteri ketiga.
Bersempena dengan persembahan kelas yang dilakukan pada 30 Mac 2009, saya ingin berkongsi mengenai sedikit maklumat mengenai AIDS di Malaysia. Ia dipetik daripada maklumat yang disediakan oleh UNICEF Malaysia 2006. Ia boleh dicapai di sini
Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, hati saya sebak setiap kali saya melakukan latihan untuk tujuan penyampaian tersebut. AIDS di Malaysia telah merebak dengan drastik sekali dan ramai insan yang tidak berdosa telah tercalit sama.

According to June 2007 statistics from the Ministry of Health (MOH):
· 78, 784 people have tested HIV-positive in Malaysia since 1986
· 10, 909 people have died of AIDS

The MOH statistics reveal
· 2,395 new HIV cases were reported in the first six months of 2007
· an average of 16 people tested HIV-positive each day in 2006

Q.: Are women part of these statistics?
A. :The proportion of women reported with HIV has increased dramatically in the last decade :
· In 1990, women made up 1% of new reported infections that year, while in1996, only 4% of
new reported infections were amongst women and girls. The number tripled by end 2006
where women accounted for 15% of new reported infections.

· According to MOH, 1 in 7 new reported cases in 2006 was a woman as compared to 1 in 86
cases in 1990.

· More housewives are testing HIV-positive than sex workers in Malaysia. The rate is between
four to five times more than sex workers.

Inilah faktanya:
WOMEN, GIRLS AND HIV, 1988 – 2006:
1 in 7 new infections in 2006 is a female!
Marilah kita bersama-sama.
Jauhkan segala unsur yang boleh menyebabkan menularnya HIV di kalangan insan
Amalkan gaya hidup yang sihat
Kasihilah keluarga kita

Ahad, 12 April 2009

Peluang Pekerjaan


KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang telah cemerlang menghasilkan pelbagai genre karya bermutu dan diterima ramai.


Syarikat ini bukan sahaja tertumpu kepada karya untuk dewasa berunsur fiksyen malah turut berhasil menghasilkan karya-karya non-fiksyen berkualiti bercorak motivasi yang mudah diterima minda serta karya untuk lingkungan umur awal remaja dan kanak-kanak.


Telah lama saya mengikuti perkembangan laman web syarikat ini yang sering dikemaskini perkembangannya secara berkala. Turut dimasukkan dalam laman web tersebut ialah peluang pekerjaan bersama syarikat ini. Malah buku-buku yang dihasilkan begitu menarik hati untuk membeli.


Bagi saudara saudari yang berminat dalam bidang pengeditoran dan penterjemahan, peluang ini masih diiklankan dalam web terbabit. Sila klik di sini


Iklan ini adalah dipetik daripada http://www.karnadya.com.my

Rabu, 8 April 2009

Peluang Pekerjaan

Lecturer position available fo Chemistry (Email was received on 4 March 2009)

Dear Friends,

I have been informed by the Lincoln College Asia Pacific administration that they are looking for Chemistry lecturer urgently. They do accept if you are studying, so that you could take up part time lecturing. However if u happen to have any friends whom are interested in full time position, they welcome that also.

Kindly please circulate this message to your group of friends.

FYI, Lincoln College is based at KL city centre, next to PWTC. Pls contact Ms Diana at 03-40436000

Thank you.

Regards,
Raseetha

Peluang Pekerjaan

Lecturer position available for Eng & Maths (Recieved on 3 Mac 2009, Tuesday)

Hi everyone,

I am Vanitha from Sunway University College, the Australian Matriculation Coordinator. We are currently looking at employing 2 lecturers for Maths and English and the candidate should be able to start by mid – March or 1st April. Pls pass the word around and contact me if interested.


Thanks


Regards,
Vanitha


vanitha@sunway.edu.my

Selasa, 7 April 2009

SHARING INFORMATION - Watch Our diets Food : Chicken Wings




Chicken Wings : From received email

- Its Dangerous....
Avoid eating chicken wings frequently - ladies especially;
a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation. During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food. Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.

These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth.. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb.

Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings! People, who receive this email, please forward it to your friends and loved ones. I am sure no one wants to see him or her suffer!


Regards,
Sharon How
SingaporeMedical Association
Tel: (65) 6223 1264, ext. 22 Fax: (65) 6224 7827
Email: sharon@sma.org. sg Website: http://www.sma/. .org.sg

Khamis, 2 April 2009

Pengalaman melahirkan anak

Setiap kelahiran anak akan memberikan satu pengalaman baru buat insan istimewa bernama ibu dan ayah.

Tidak terkecuali dengan saya. Saya baru sahaja mempunyai tiga orang puteri yang setiap satunya mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing.

Mengapa waktu ini secara tiba-tiba, saya ingin berkongsi pengalaman melahirkan anak. Pasti ada sesuatu kejadian yang mencetusnya.

Ia lebih kepada perasaan terkilan yang sukar digambarkan. Saya hanya menyedari satu sms penting yang dihantar oleh seorang rakan sekerja pada waktu 6.30 pagi ketika saya sedang sibuk memasak di dapur dan waktu itu jam sudah lebih pukul 11 pagi.

Rasa terkilan timbul kerana saya tidak sempat memberikan idea untuk soalan yang ditimbulkan oleh beliau. Beliau sedang sarat mengandung dan subuh tadi, air jernih yang tidak dapat dikawal keluar secara tiba-tiba dan ketika saya segera menelefonnya, beliau sudah pun ditahan di wad bersalin.

Baiklah....... sebagai panduan saya ingin berkongsi pengalaman saya..... mungkin juga dapat dijadikan panduan dan pengajaran buat semua insan yang bakal bergelar ibu atau bakal melahirkan cahayamata lagi atau seorang lelaki yang bakal bergelar bapa atau bakal menerima kelahiran cahayamata lagi.

Sesungguhnya saat kelahiran adalah salah suatu saat yang mencemaskan dan kehadiran cahayamata yang selama ini tersorok di dalam alam rahim kita adalah suatu nikmat.



Kelahiran Puteri sulung saya. Beliau lahir 15 hari daripada tarikh yang dikira oleh doktor pakar yang merawat saya. Sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka bahawa puteri comel ini akan lahir pada hari tersebut. Almaklumlah anak pertama. Memang saya ada merasakan perut yang agak tidak selesa tetapi pada saya ia hanyalah ketidakselesaan perut yang biasa.

Waktu itu juga saya baru sahaja beberapa minggu menjalankan kerja seperti biasa sepulangnya saya daripada kursus induksi. Maka sudah tentu banyak kerja yang tertangguh dan saya seolah-olah tidak bersedia untuk melahirkan anak pada waktu itu.

Namun ALLAH s.w.t Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA dan siapalah saya untuk menidakkan bahawa puteri saya bakal dilahirkan pada hari itu. Dalam kesibukan dan kegawatan di tempat kerja, saya menyedari sesuatu tanda yang luar biasa dan tidak pernah wujud selama saya mengandung selama ini.
  • Ada tanda darah yang saya sedari sewaktu saya mengunjungi bilik air dan hal ini amat mengejutkan saya. Almaklumlah anak pertama.

Segera saya bertanya pada rakan-rakan yang berpengetahuan dan kebetulan mereka mengesyorkan untuk saya bertemu doktor yang merawat kerana terdapat rakan mereka yang menunjukkan tanda ini sewaktu hari kelahiran anak mereka.

Apa lagi saya dan suami segera bergegas ke Pantai Medical Centre, Bangsar. Kebetulan juga pada waktu pakar O&G yang sering saya kunjungi bercuti dan saya bergegas menemui pakar lain yang telah disampaikan kepada kami sewaktu kunjungan yang lepas. Maka Doktor Idris yang sungguh berhemah dan matang memberitahu saya dan suami bahawa ini adalah salah satu tanda kelahiran dan saya boleh melahirkan anak bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Wah!!! Terkejut betul saya dan suami. Mujurkan juga saya memang telah bersedia membawa pelbagai kelengkapan dalam sebuah beg di dalam bonet kereta semenjak kandungan saya berumur 8 bulan lagi. Ini kerana rumah saya dan pejabat agak jauh, maka sudah tentu saya perlu berjaga-jaga.

Saya kembali semula ke pejabat dan pulang ketika waktu maghrib menjelma kerana bimbang jika saya tidak dapat hadir ke pejabat esok. Sekurang-kurangnya semua perkara yang perlu dimasukkan ke mesyuarat beberapa hari lagi telah siap difotostat dan distapler. Ini akan memudahkan tugasan pegawai yang menanggung ketiadaan saya kelak.

Mengingati pengalaman seorang rakan yang tiada tenaga sewaktu kelahiran anak pertamanya kerana tiada selera makan. Saya dan suami masih sempat ke pasar malam berhampiran rumah sewa dan membeli nasi ayam. Berselera benar saya menjamah nasi ayam itu. Rasa kontraksi telah mula timbul sedikit demi sedikit sewaktu saya menunaikan solat maghrib dan isyak. Saya masih tidak pasti adakah ini tandanya kontraksi namun atas nasihat kakak ipar yang tinggal bersebelahan rumah saya, saya dan suami segera ke hospital.

Di sepanjang perjalanan saya dan suami tidak putus-putus membaca pelbagai zikir, salawat dan ayat Al-Quran yang mampu kami hafaz. Ini adalah atas nasihat emak saya. Malah doa Nabi Yunus sewaktu baginda di dalam perut ikan yu turut saya baca berpuluh kali. Malahan sebelum bertolak ke hospital, suami saya turut membacakan Surah Yasin atas nasihat emak Sudah tentu emak dan emak mertua menjadi tempat rujukan saya dalam hal ini dan keampunan emak dan abah saya dan mentua saya pohon sebelum pergi ke hospital.

Saya pernah mendapat petua mudah kelahiran daripada isteri kepada rakan suami saya iaiatu dengan memohon ampun dengan suami. Sudah tentu hal ini turut saya amalkan.

Ketika kami sampai ke hospital. Saya berasa sungguh kaget kerana kakitangan hospital menolak saya menggunakan kerusi roda daripada entrance kecemasan dengan pecutan yang di luar jangkaan sedangkan saya masih boleh berjalan. Saya segera mengisi borang kemasukan wad dan menukar pakaian hospital serta ditolah ke wad bersalin. Doktor pakar menyatakan bahawa bukaan saya telah pun mencecah 4 cm.

Satu lagi petua rakan saya ikuti iaitu sekiranya kita mahu mengambil ubat pelali. ambillah ubat pelali yang tidak akan menghilangkan terus kesakitan kita dan kita masih merasakan kontraksi. Maka sudah tentu Pethidine menjadi pilihan saya dan rakan saya memeberi nasihat sekiranya saya ingin mengambil Pethidine, biarlah sebelum bukaan mencecah 5 cm.

Doktor sendiri tidak menyangka bahawa bukaan saya berlaku begitu cepat mencecah 10 cm. Mungkin juga kerana saya telah mandi sebelum pergi ke hospital atau mungkin juga kerana saya banyak berjalan selama ini dan masih bergerak-gerak ke hulu hilir di dalam wad bersalin kerana berbaring di atas katil menunggu kelahiran adalah sangat mencemaskan.

Malam itu lahirlah puteri sulung saya. Alhamdulillah. Sesungguhnya pelbagai petua telah saya ikuti dan amalkan dan sesungguhnya hanya ALLAH s.w.t yang Maha Menentukan dan Maha Memudahkan.

Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...