Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 24 Jun 2009

Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Saya sering memulakan bila hati dan akal saya telah selari mahukannya

Kadangkalanya saya tidak berfikir terlalu panjang jika risikonya tidak terlalu besar

atau jika buruk risiko yang akan mendatang tidak banyak merugikan saya

Yang penting saya akan cuba dahulu

Pada saya, mencuba tidak merugikan

walaupun kadangkalanya apa yang saya lakukan tidak mencapai kriteria yang juri kehendakki

Juri?????

Semua insan adalah juri

Malah kadangkala haiwan juga boleh menjadi juri
Saya adalah juri dan kita semua adalah juri
Ramai orang mungkin menjual barang yang sama tetapi kita sebagai pembeli akan menjadi juri untuk membeli apa yang kita mahukan
Berbalik kepada tajuk saya di atas
Apabila sesuatu langkah telah kita mulakan
Dan jika langkah itu telah menjadi panjang ke hadapan
Dan pada ketika itu hati kita berbolak-balik samada mahu terus ke hadapan atau berpatah balik
Fikirkan sahaja mana yang lebih menguntungkan
Sekiranya berpatah balik lebih menguntungkan, tidak salah untuk kita berpatah ke belakang
Sekiranya meneruskan pula lebih baik, teruskan sahaja langkah kita
Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya lakukan; nah kembali sahaja kepada ayat saya di awal bicara tadi
Jika saya, sekiranya risiko atau kerugiannya terlalu kecil, saya suka untuk habiskan sahaja apa yang saya mulakan....
Kerana pada saya permulaan adalah menandakan satu pengakhiran
Tetapi selagi kita tidak memulakan, hanya perancangan sahaja yang wujud, nah sampai bila pengakhiran perancangan kita tu akan tiba
Sungguh pening tulisan saya kali ini
Tetapi itulah hakikat bicara hati saya buat masa sekarang
Banyak yang telah saya mulakan dalam suatu jangkamasa yang serentak
Banyak yang perlu saya habiskan
Di sinilah sampainya tajuk tulisan saya pada ketika ini
Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...