Jom Ikut Blog Saya

Ahad, 7 Mac 2010

Buku Dunia Almira


Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia


Pengunjung-pengunjung dan Rakan-rakan semua


Buku kanak-kanak pertama saya Insya ALLAH akan menjengah pasaran pada 24 Mac 2010. Koleksi istimewa.

Sangat sesuai untuk anak-anak, anak-anak saudara dan adik-adik.

Menggunakan gaya bahasa yang mudah dan senang untuk difahami namun tidak melupakan intipati utama untuk memupuk semangat suka membaca dan peningkatan ilmu yang diceritakan secara ringkas sebagai pengenalan kepada kanak-kanak.

Ilustrasinya juga sangat menarik. Terima kasih Buku Prima.

Buku ini boleh didapati daripada Buku Prima S/B, kedai-kedai pengedar dan secara terus daripada saya.

Insya ALLAH jika berkesempatan, buku ini akan membuat kemunculannya pada Pesta Buku Kuala lumpur di PWTC pada 19-29 Mac 2010.

Gambar dan sinopsis diambil daripada laman web Buku Prima.


Bagi yang sudi membeli, harap dapat beritahu saya komen atau cadangan bagi memperbaiki buku sebegini di masa hadapan.


Terima kasih




Dunia Almira

ZAKIAH ABD. GHAFAR

RM 7.50

ISBN: 978-967-5489-29-7
~48 hlm
Bahasa Melayu

Dunia Almira berkisarkan keseronokan dunia kanak-kanak yang mencuit hati di samping memberi ilmu pengetahuan

Kisah-kisah yang terdapat dalam Dunia Almira ialah:

~ Anak Kucing Comel

~ Air Sihat

~ Alam Fantasi Kupu-kupu

~ Bermain Dengan Bayang-bayang

~ Tangkap Hantu Bungkus

Tarikh Terbit: 24 Mac 2010


Salam hormat Zakiah
p/s: Terima kasih sekalung budi buat warga Buku Prima S/B yang percaya kepada buku ini. Almaklumlah saya penulis baru...Kerdil benar dari segi pengalaman
Alhamdulillah

5 ulasan:

Durrah Fatiha berkata...

Salam Zakiah,
Tahniah atas kemunculan buku comel tu. nampak interesting...

suziyana berkata...

wah..kak zakiah..dah jadi penulis plak yer..bagus2..n tahniah..tak sabar nak tunggu di pasaran nih..

zakiah berkata...

kak Durrah.
Terima kasih...
Mudah-mudahan dapat menarik hati dan bermanfaat juga..
Doakan aya akak

Suzi: Terima kasih.....Doakan berjaya ya buku ni...akak baru belajar..kerdil lagi pengalamnnya

alias derais berkata...

salam,
tahniah kerana terhasilnya buku pertama-teruskan berkarya.

zakiah berkata...

Cikgu Alias,

Terima kasih..
Langkah saya masih terlalu hijau.
Doakan saya ya.
Doa saya moga Cikgu juga akan terus istiqomah dalam berkarya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...