Jom Ikut Blog Saya

Jumaat, 24 April 2009

Demam Vs Exam

Saya hanya sedar bahawa setiap kali saya menghadapi peperiksaan besar semenjak usia sudah lanjut ni (hehehe), saya dilanda demam + selsema + pening kepala + sakit-sakit sendi dan badan. Pada mulanya saya tak sedar acapkali ia terjadi begitu.
Sehinggalah rakan sekelas saya Maryam menghantar sms kepada saya menyatakan bahawa nampaknya setiap kali saya menghadapi peperiksaan, saya demam. Memang kuat ingatannya...
Tak dapat saya nak berblog panjang kali ini.... Peperiksaan masih belum tamat dan demam masih belum kebah....
Saya redha atas dugaan ini dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
Banyak kali, suami saya yang amat mengambil berat mengajak saya ke klinik tetapi setiap kali itu juga, saya memberi alasan. Sungguh saya sudah menelan paracetamol, muscle relaxant, antihistamin dan stugeron apabila perlu.
Benarkah dulu kata rakan saya bahawa 'biasanya pharmacist lah, pesakit yang paling tidak suka makan ubat' hehehehe ... Entahlah.
Namun kadangkala saya fikir, benar juga apa yang dikatakan.

4 ulasan:

Aku berkata...

demam juga ni. dari sunday nite sampai la today. dah pegi 2 klinik dah ni. hopefully cepat2 la recover. dah sanggup dah nak bawa kotak tissue ke sana ke sini.
to zakiah, get weel soon and good luck for your exam.

makndak

zakiah berkata...

thanks akak
moga akak cepat sembuh
saya tang selsema dah tak seteruk hari tu
tapi tang pening dan sakit sendi masih tak hilang lagi
harap2 kuat..esok nak marathon menjawab soalan peksa

MIMIE AFINIE berkata...

salam zakiah,
Harap cepat-cepat sembuh. Saya pernah alami demam macam ni. Dah macam2 ubat telan tapi tak jalan jugak. Akhirnya saya biarkan aje dia baik sendiri...

zakiah berkata...

Terima atas doa Puan Mimie
Mudah-mudahan berkurangan hendaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...