Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 29 Jun 2011

TIPS MENGELAKKAN TEKANAN DIRI bahagian 1

Sudah lama saya tidak mencatat nukilan hati saya di sini.
Saya juga tidak bercadang untuk menulis panjang.
Ingin saya kongsikan sedikit tips mengelakkan tekanan diri:
  1. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Percayalah kata-kata saya. Kerja pejabat atau kerja rumah tidak mungkin akan berakhir. Kuantitinya mungkin berkurangan namun ia tidak mungkin menjadi kosong. Tidak percaya? Jika kita membasuh pakaian setiap hari sekalipun, pasti pakaian kotor akan ada lagi. Sekiranya surat-surat telah dihantar pasti ada lagi surat baru yang perlu dikarang.
  2. Buat sesuatu perkara yang seronok dan betul untuk diri sendiri yang tidak perlu dinilai atau diberi markah. Contohnya mempunyai hobi. Katakanlah hobi kita ialah menjahit. Jahitlah sesuatu dengan perlahan dan menyeronokkan. Perasaan seronok mesti ada.
  3. Buat belanjawan dengan baik. Jangan membeli dengan mengukur baju di badan orang lain. Lain orang lain keperluannya. Mungkin barang kemas berharga berpuluh-puluh ribu bukan keperluan kita meskipun ia mungkin perlu bagi orang lain.
  4. Buat simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa simpan dahulu sedikit duit sebelum membelanjakan pendapatan kita. Biar sedikit tetapi berterusan. Sedikit sedikit lama-lama akan jadi bukit. Ingat jika sebulan boleh simpan RM500...setahun sudah RM6000. Jika sebulan simpan RM100...setahun sudah ada RM1200. Jika masih ada wang baki gaji bulan lepas...fikirkan yang terbaik sama ada ia boleh ditambahkan ke dalam tabung simpanan .kita atau boleh dimasukkan ke dalam simpanan untuk melakukan perkara lain contohnya hobi atau melancong. jangan usik simpanan utama.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...