Jom Ikut Blog Saya

Sabtu, 4 Jun 2011

ALMIRA, AZYAN DAN AWADAH DATANG LAGI! di dalam RIANG RIA ALMIRA

Tatkala Puan Nine menelefon dan menyatakan berita baik ini....hati saya sangat teruja sekali. Rasa mahu melompat ke langit dan menjerit ke seantero alam berkongsi kisah gembira ini.
Memang buku ini koleksi ketiga kisah si cilik bertiga Almira, Azyan dan Awadah namun keterujaannya masih sama. Wajah saya bersinar-sinar penuh keriangan......

Alhamdulillah tak lama lagi buku ini akan menerjah pasaran. Cantik kan sampul buku RIANG RIA ALMIRA!



Terima kasih Puan Nine dan sidang editor Buku Prima. Terima kasih Grup Buku Karangkraf atas peluang yang diberikan. Peluang melihat buku diterbitkan adalah seperti melihat zakiah kecil dulu muncul kembali (hehehehe kerana inilah impian sewaktu kecil dahulu...menulis buku dan melarikkan idea saya di kertas)

Pengumuman
Pengumuman
Terima kasih kerana sudi membeli buku ini.
Saya sangat terharu
(heheheh sebenarnya nak ikut lagu yang ada perkataan pengumuman tu heheheh)

Buat suami dan puteri2 saya....terima kasih kerana memberikan ruang untuk mama menulis....
Buat abah dan emak...terima kasih kerana dahulu membelikan saya komik dan buku cerita yang menyebabkan saya turut mahu berkarya...
Buat adik beradik dan saudara mara....terima kasih atas sokongan dan idea yang disumbankan...
Buat kawan-kawan....sokongann kalian amat saya hargai....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami senantiasa menyokong anak2 kami-makabah...
aku senantiasa sokong kakak2 n abg2aku yg dah tua..hehe semoga berjaya!-azmiags

zakiah berkata...

Terima kasih mak dan abah...
Tanpa mak dan abah...pasti saya tidak berjaya seperti sekarang...
thank you azmi....
kakyah juga sentiasa sokong korang semua :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...