Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 25 November 2009

Ketakutan

Semalam suami saya mengeluh... mengadu bahawa akhir2 ini dia telah menjadi seorang pelupa...
Aduan ini telah saya terima beberapa kali daripada beliau sebelum ini...

Nasihat saya:

  • Sebutkan perancangan atau tindakan yang ingin dilakukan kepada diri sendiri.

  • Buat checklist untuk diri sendiri

Saya sering melakukannya untuk diri saya kerana saya juga begitu....Pada pandangan saya, mungkin kerana dosa saya banyak.....dan saya perlu mengubah diri saya kepada yang lebih baik... bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri...Pernah saya berlari ke tingkat atas rumah untuk mengambil barang tetapi bila saya tiba di atas...saya tidak ingat lagi apa yang perlu saya ambil....Puas saya ke hulu ke hilir....masih tidak ingat ingat juga. Puas saya memarahi diri sendiri juga masih tidak ingat akhirnya lebih baik saya buat kerja lain dulu...dan akhirnya ia akan datang sendiri....:)
Mungkin juga kerana terlalu banyak yang saya fikirkan dalam minda saya dan saya tidak berupaya menghalangnya untuk berlegar-legar memikirkan pelbagai perkara.
Apapun... jika sesuatu hal tidak berapa penting...mungkin ada hikmahnya kita terlupa perkara itu...(mungkin) (dan ingat ini adalah hanya untuk perkara yang remeh-temeh)........

Hari ini juga saya telah benar-benar terlupa. Puas saya hubungi Prof. Tan untuk mengambil draf....rupa-rupanya meeting itu hari ini dan bukannya semalam.....Malu saya....risau sendiri daripada semalam rupa-rupanya saya telah tersilap haribulan...Apapun senyum.......



Khamis, 19 November 2009

Birthday puteri-puteri


Semalam saya dan suami mengadakan sambutan hari lahir untuk kedua-dua puteri kami di sekolah tadika mereka. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu menguruskan sambutan sederhana itu dan selepas suami saya pulang petang itu, sekali lagi kami mengadakannya di rumah untuk kami berlima sahaja....

Teringat saya ketika saya di sekolah rendah dahulu, teringin benar saya untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir (hehehehe) (macam-macam kan saya ni...) (yalah selepas menghadiri pelbagai jamuan hari lahir rakan-rakan, teringin juga kan...).

Namun saya amat maklum, ia adalah di luar kemampuan abah dan emak...

Kami bukanlah miskin, tiada yang kurang... Cukuplah kalau saya simpulkan sebagai sederhana... dan saya tahu, banyak benda yang perlu diutamakan oleh abah dan emak.... dan sambutan hari lahir tiada dalam senarai keutamaan itu...sementelah hanya abah seorang yang bekerja dan adik-beradik saya agak ramai...

Akhirnya dek kerana keinginan saya yang amat tinggi...saya berjimat cermat berbelanja dan akhirnya saya mengadakan sambutan itu dengan amat sederhana...tetapi seronok benar rasanya kerana kami beramai-ramai berkumpul makan-makan dan bermain beramai-ramai....main bola dua pihak dan kerusi beracun...... Ini pun hanya berjaya diadakan dengan kerjasama emak dan adik-beradik saya...(hehehe)

Emmm........ jika difikir-fikir......

meskipun hal ini amat kecil, namun bagi saya natijahnya amat besar....

Ia berupaya menambah keyakinan saya bahawa sesusah mana pun suatu perkara....ia pasti akan berhasil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh....


Emmm.....

Tak lama lagi... puteri pertama saya akan memulakan sessi persekolahan di sekolah kebangsaan dan kafa integrasi...

Saya merancang untuk menyediakan 5 pasang baju sekolah memandangkan saya tak mungkin dapat mencuci baju sekolahnya setiap hari....akhir Disember ini...saya akan mula bekerja semula...

Cita-cita memang besar...kononnya mahu menjahit sendiri tetapi kain kapas juga belum dibeli...Ini sudah bulan November...

Mungkin membeli yang sudah siap lebih mudah dan harganya lebih kurang pula.... (saya akan membuat kira-kira baru sekiranya perancangan saya untuk menjahit sendiri akan menjadi kenyataan....jangan hangat-hangat tahi ayam sudah)...

Belum lagi habis menjahit baju yang telah dipotong dan dijahit tepi semalam....heheheh (tapi dalam minda sudah ada perancangan untuk memulakan aktiviti lain pula...)

Kadang-kadang saya fikir, minda saya terlalu ligat merancang dan selepas merancang, minda saya telah melakukan aktiviti tersebut dengan imaginasi dan ia menunggu masa untuk dilaksanakan...

Fuhhhhhhhh........


Saya masih mahu mencoretkan kenangan saya ketika di alam persekolahan dahulu...

Ketika abah bawa saya ke kedai mini market, kedai Tonjang dan kedai ubat di Kundang untuk membeli kasut sekolah...Saya tidak pernah meminta abah untuk membelikan kasut yang agak mahal seperti di iklan televisyen....

Bukan kerana saya tidak teringin....

Iklan-iklan di tv itu sebenarnya benar-benar telah menawan hati saya (hahahah...saya memang suka tengok iklan)....tetapi saya tahu ia agak mahal.....

sebaliknya saya akan pilih kasut sekolah yang agak murah....


sehinggalah selepas keputusan SRP saya telah keluar (meskipun saya tidak memperolehi 8A1)...Bagi abah, saya telah berusaha sebaik mungkin dan mungkin juga bagi abah, keputusan itu agak baik untuk saya....abah membawa saya ke supermarket untuk memilih kasut sekolah...

Saya masih seperti dahulu memilih kasut yang biasa dan murah harganya tetapi abah (waktu itu abah telah pun pencen dan abah mengambil upah menoreh getah).....abah telah membelikan kasut yang mahal buat saya (itulah kasut pertama yang berharga lebih RM20 yang pernah saya miliki)....ia memang berbeza daripada kasut-kasut sekolah saya lain....

Terima kasih abah....saya tidak pernah mengimpikan semua ini....
Saya tahu, itu semua hadiah abah kepada saya.......

Malah abah juga telah menghadiahkan lagi sepasang kasut hitam buat saya...(bagaikan abah telah tahu bahawa saya akan menjadi seorang pengawas di menengah atas)


Terdiam.......Tarik nafas.........
Air mata saya sentiasa bergenang kalau mengenangkan hal ini semua...
Tak mungkin saya dapat membalas semua jasa emak dah abah saya....
Malahan meskipun saya telah bekerja sekarang....
Tak mungkin saya dapat menjaga mereka seperti mana mereka menjaga saya dahulu.....

Terima kasih emak dan abah

Model Face Mask







Lama benar saya tidak menulis di sini.
Bukan kerana saya telah melupakan erti sebuah perkongsian.
Namun dek kerana ketidakcekapan pembahagian masa dan terdapat perkara yang menuntut keutamaan masa....enak sekali blog ini menjadi suatu laman yang penuh sawang....
mujur juga tidak lenyap terus...sayang juga...ia seperti diari dan suatu dimensi hati saya yang tidak dapat saya luahkan melalui perbualan
Sebenarnya saya ingin berkongsi mengenai beberapa gambar yang saya ambil ketika Swine Flu begitu hangat melanda negara kita..
Saya amat-amat bimbang dengan penyakit ini...
Bukan untuk diri saya sendiri namun untuk semua umat manusia dan hidupan di muka bumi ini...
Lebih lebih lagi ketika ia amat hangat di Malaysia, saya dan keluarga turut menghidapi selsema dan beberapa kali kami berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan kepastian. Alhamdulillah kata doktor, ia hanya selsema biasa.
Buat ibu bapa dan kaum keluarga dan keluarga yang kehilangan orang yang tersayang akibat virus ini... saya dan keluarga ingin menyampaikan salam takziah kami.

Selasa, 4 Ogos 2009

Penantian yang tidak ternoktah


Dalam hidup ini terlalu banyak yang saya nanti dan akan tetap saya nantikan. Pendek kata setiap hari, penantian itu tidak akan ternoktah; sekiranya yang lalu telah diperolehi.... ia akan tetap berulang dan berulang kerana saya pasti menanti sesuatu yang baru lagi....

Bolehkah saya simpulkan bahawa hidup ini adalah satu penantian?????

Bukankah kita juga sedang menanti untuk dipanggil pulang ke pangkuan YANG MEMILIKI...

Namun bukan dengan berdiam diri... atau mencari saat kepulangan itu....

Meskipun saya sedang sakit... saya juga tidak tahu sama ada kesakitan ini akan menyebabkan saya terus pulang ke pangkuan ILAHI...

Saya teringatkan cerita rakan sekelas yang juga sedang tekun melaksanakan mini projeknya seperti saya...

Kami sama2 memerapkan diri di dalam makmal namun bukan bukan di dalam makmal yang sama.

Beliau menelefon saya menceritakan perjalanannya ke universiti yang telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang mahasiswa yang tinggal di kawasan apartmen yang sama...(Kisah ini telah tersiar di banyak akhbar tanah air)

Saya berfikir sendiri...

Saya gayat... apabila berdiri di tempat yang tinggi... kedudukan jantung saya seakan tidak stabil...ia bagaikan terawang-awang dan menunggu masa untuk tercabut...argh!!!!

Saya mendoakan supaya semua orang yang mahu membunuh diri mempunyai sifat GAYAT supaya mereka tidak akan meneruskan niat mereka untuk terjun bangunan atau jemputan atau bukit atau gunung...

Lihatlah dunia yang amat luas ini...

Tibanya masalah atau kesedihan dalam hidup ini bukan menandakan berakhirnya riwayat hidup kita...

Ia menandakan suatu kematangan apabila kita dapat mengatasinya....

Kejayaannya adalah suatu kemanisan yang tidak ternilai rasanya...

Saya menulis daripada pengalaman sendiri...

Saya pernah gagal subjek yang saya ambil di universiti dahulu...saya mengulang subjek berkali-kali

Dan saya bersyukur dan amat bersyukur

Jika saya tidak bangkit semula selepas kegagalan itu, saya tidak dapat bayangkan keadaan saya...

Inilah suatu kemanisan dalam kehidupan....

Saya pernah gagal dalam percintaan dengan sang manusia dahulu...

Dan jika saya menutup pintu hati saya dan tidak menerima cinta yang dihulurkan oleh suami saya.....

Mungkin kehidupan saya tidak seistimewa sekarang...

Alhamdulillah

Syukur pada MU Ya ALLAH...

Saya tidak akan biarkan hidup saya tertewas dan kebangkitan saya terkubur

Saya yakin setiap manusia ada kesungguhan dan kekuatan...
Semoga kita semua kekal begitu


Sabtu, 18 Julai 2009

Riang Ria Hari Sabtu: ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah Syukur kepadaMU Ya! ALLAH
Atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya! ALLAH
Atas ketibaan Eurycomanone dan LPO pada hari yang sama
Memudahkan dengan adanya rakan dan suaminya yang sudi membantu menguruskan
Memudahkan dengan adanya suami yang baik

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya!ALLAH
Hari ini Hari keluarga tempat suamiku mencurahkan tenaganya berjalan dengan lancar dan ceria
Makmurkanlah

Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya! ALLAH
Ketibaan sekeping cek yang sungguh tidak disangka
Setelah sekian lama harapan hampir hilang

ALHAMDULILLAH

Jumaat, 17 Julai 2009

Award dari PUan NAnnie


Inilah pertama kali saya dapat award blog hehehehe

Sebenarnya saya masih hijau dalam dunia blog ni walaupun hayat blog saya agak lama...

Award ini saya perolehi daripada Puan Nannie yang sangat kreatif dan pandai menjahit..Terima kasih Puan Nannie

Memang selalu saya lepak meninjau dan membaca blog Puan Nannie...

Seronok sangat...

Bagi saudara-saudari yang ingin belajar tentang dunia kreativiti dan jahitan.

Bolehlah masuk ke laman Puan Nannie http://smockingwithnannie.blogspot.com/

Award ini ingin saya hadiahkan buat Kak Roslina, Puan Syima Syawal, Raja Radhiah dan Kak Ida Syzrina. Ambil ya

Rabu, 24 Jun 2009

Kesultanan Melayu Melaka Dalam Kenangan

Cuti sekolah yang lalu
Saya berkesempatan membawa 3 puteri melawat Melaka yang indah bersama adik-adik saya
Terima kasih Cikgu Norul dan suaminya Cikgu Iskandar serta adikmiah yang sudi melayani kerenah 3 puteri saya
Melaka yang telah mencipta satu momen perjuangan Melayu satu masa dulu
Bagi saya Melaka sangat unik
Entah kenapa jika berbicara mengenai Melaka
Naluri saya mudah tersentuh
Sungguh saya tidak sekuat Tun Fatimah
Sungguh saya tidak sehebat Hang Tuah
Namun teman-teman sekalian marilah layari Melaka bersama-sama. Lihat gambar di sini

Erti kesibukan sebagai seorang insan


"Maaf lama tak call, sibuk sikit,"


Alasan

Mengapakah kita sering menciptakan alasan?

Saya memasuki dunia facebook dan friendster dengan cita2 yang besar

Ramai rakan dan saudara-mara saya invite sebagai rakan

Niat saya, saya mahu beramah-tamah

Saya mahu membina lingkaran persahabatan dan persaudaraan di dunia cyber ini

Sementelah saya sering mengandaikan bahawa saya dan orang lain tidak punya masa untuk berbual dan berjumpa selalu

Sungguh itulah realiti hidup

Meskipun kita ada 24 jam tapi kita tidak punya banyak masa sebanyak itu untuk menjalinkan rasa ukhuwah

Saya tidak menyalahkan sesiapa

Untuk ibu dan ayah, memang wajib kita menelefon dan bertanya khabar


Argh... perit untuk saya katakan

betapa terlalu ramai rakan dan saudara-mara yang tidak sempat saya hubungi dan lawati selama ini

atau kadangkala saya hanya sms sahaja dan perbualan secara sms itu juga mengambil masa yang berhari-hari untuk tamat

rumitkan dunia multimedia ini

tapi pada saya, sms memudahkan berbanding telefon

kerana sms boleh dibuat sedikit2 sambil bekerja

Ia boleh dibuat sedikit2 sambil memasak atau mengemas rumah atau sambil menonton tv atau menjaga anak

Ia juga lebih murah dan lebih banyak rakan dan saudara mara yang boleh dihubungi

Ia lebih mudah berbanding email


Maaf kiranya selama ini hanya sms sahaja yang mampu saya hulurkan

Namun saya tidak pernah melupakan

Itulah tanda ukhuwah saya

Sesungguhnya kalian semua sentiasa dalam doa saya


Sama-samalah kita memahami

Bahawa banyak cara melabuhkan ukhuwah

Usah dipadamkan jalinan ukhuwah yang pernah menyala





Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Saya sering memulakan bila hati dan akal saya telah selari mahukannya

Kadangkalanya saya tidak berfikir terlalu panjang jika risikonya tidak terlalu besar

atau jika buruk risiko yang akan mendatang tidak banyak merugikan saya

Yang penting saya akan cuba dahulu

Pada saya, mencuba tidak merugikan

walaupun kadangkalanya apa yang saya lakukan tidak mencapai kriteria yang juri kehendakki

Juri?????

Semua insan adalah juri

Malah kadangkala haiwan juga boleh menjadi juri
Saya adalah juri dan kita semua adalah juri
Ramai orang mungkin menjual barang yang sama tetapi kita sebagai pembeli akan menjadi juri untuk membeli apa yang kita mahukan
Berbalik kepada tajuk saya di atas
Apabila sesuatu langkah telah kita mulakan
Dan jika langkah itu telah menjadi panjang ke hadapan
Dan pada ketika itu hati kita berbolak-balik samada mahu terus ke hadapan atau berpatah balik
Fikirkan sahaja mana yang lebih menguntungkan
Sekiranya berpatah balik lebih menguntungkan, tidak salah untuk kita berpatah ke belakang
Sekiranya meneruskan pula lebih baik, teruskan sahaja langkah kita
Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya lakukan; nah kembali sahaja kepada ayat saya di awal bicara tadi
Jika saya, sekiranya risiko atau kerugiannya terlalu kecil, saya suka untuk habiskan sahaja apa yang saya mulakan....
Kerana pada saya permulaan adalah menandakan satu pengakhiran
Tetapi selagi kita tidak memulakan, hanya perancangan sahaja yang wujud, nah sampai bila pengakhiran perancangan kita tu akan tiba
Sungguh pening tulisan saya kali ini
Tetapi itulah hakikat bicara hati saya buat masa sekarang
Banyak yang telah saya mulakan dalam suatu jangkamasa yang serentak
Banyak yang perlu saya habiskan
Di sinilah sampainya tajuk tulisan saya pada ketika ini
Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Selasa, 2 Jun 2009

MENCIPTA MASA....(Biar betul?)


Anda Terlalu Sibuk Sekiranya.....

Sekiranya jawapan anda "Ya" untuk tiga atau lebih soalan yang berikutnya.

maka anda mungkin peru mencari cara untuk MENCIPTA MASA


(Dipetik daripada buku Mencipta Masa...Pengurusan masa praktikal yang benar-benar berkesan oleh Kris Cole, diterjemahkan oleh Nor Azizi Abdullah, Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.)


Renungan untuk diri dan ingin dikongsikan untuk sahabat-sahabat semua



  • Kerap terjaga dalam keadaan penat dan lesu?

  • Terjaga di tengah malam memikirkan semua kerja yang terpaksa anda buat pada hari esok atau yang tidak anda buat semalam?

  • Sentiasa 'memusing roda'; bertungkus lumus tetapi tidak sampai kemana pun.

  • Lupa menunaikan janji?

  • Tangguh kerja dan terpaksa menanggung kesannya?

  • Buat kerja untuk semua orang kecuali diri sendiri?

  • Minum kopi untuk menenangkan fikiran?

  • Terus 'menerkam' bahan fail masuk atau e-mel sebaik saja menerimanya?

  • Tidak pernah cukup masa untuk berfikir, selalu ketinggalan dan sukar untuk mengawal keadaan?

Khamis, 28 Mei 2009

Wajah-wajah suci puteri-puteriku

Setiap kali menatap wajah puteri-puteri
Hati saya teringat
Mereka umpama kain putih
Adakah saya dan suami telah mencorakkannya dengan baik?
Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami
Sesungguhnya kami adalah hambaMU yang lemah
Namun kami akan sedaya upaya memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan
P/s: Semenjak dua menjak ni, entah mengapa banyak blog tidak boleh saya tinggalkan komentar
Banyak blog telah saya layari
Sob sob



Isnin, 18 Mei 2009

I miss all my families

Jangan percaya pada tarikh. Foto ini diambil pada mac 2009 bersempena ketibaan musim bunga di Pendang
Gambar ini pula saya ambil daripada hasil kreativiti adik saya Fahri... (dua biji kereta itu ditambahnya) Pokok limau Bali yang bukan di Bali sebaliknya di Muar itu tidak pernah serik menghasilkan buahnya tanpa mengira musim...Saya memang suka buah ini bak kata anak saya (setiap kali beliau memakannya: kenapa ada macam2 pokok kat rumah atuk?)

Sudah hampir dua bulan, saya dan keluarga tidak pulang ke mana-mana kampung samada kampung saya atau kampung mertua.

Rasa bersalah pun ada...mereka semua adalah tanggungjawab saya dan suami

April dan Mei... saya terperangkap di dalam musim exam...Alhamdulillah sudah selesai

Selesai exam, baru tadi saya dan keluarga pulang dari membawa anak bercuti di Hotel Palace Of Golden Horses (rasa sedih melihat pengorbanan anak2 dan suami dalam mengizinkan saya bergelar seorang pelajar)......Alhamdulillah...Insya ALLAH saya akan masukkan gambar-gambar di sana.


Mulai Rabu hingga Jumaat ini, saya perlu menghadiri kursus...susah hati betul untuk berpisah dengan anak-anak dan suami untuk jangkamasa pendek ini

InsyaALLAH pada Jun ini, kami akan balik ke Kedah dan Johor... bertemu dengan kedua-dua ibu...

Emm...sebenarnya saya banyak keluarga angkat (anugerah ketika mengikuti OPKIM di musim belajar dulu)...

Saya sedang berusaha untuk mengatur masa melawat mereka.......

Saya tak pernah lupakan semua keluarga kandung, mertua dan angkat saya...

Saya sayang semua..

Airmata saya hanya mampu menitik secara intrinsik...

Maklumat untuk segmen pengucapan awam masih belum lengkap...

Saya sedang berusaha

Jumaat, 15 Mei 2009

Tag Hari Ibu.......... Daripada Puan Syima Syawal


...10 Facts About Me...


1. Sensitif hanya pada orang yang yang disayangi....

2. Suka makan...tapi berat badan sukar nak naik... Hubby kata macam rangka sebab dia comel teddy bear. Perasan....heheheh

3. Banyak sangat idea kat kepala... Fikir...fikir...fikir... kalau tak dicatat lupa

4. Suka belajar benda baru tapi tak suka peksa.... tolong.... takutnya tunggu result exam kuar

5. Cepat marah pada mereka yang disayangi... nak buang jejauh tu..........sifat mazmumah tu

6. Suka minum air manis.... tengah cuba kurangkan sebab takut kena Diabetis mellitus

7. Suka baca novel lompat-lompat.... yang penting tahu jalan cerita dulu.... tak boleh tidur kalau tak tahu ending dia camna

8. Segan nak skipping ops speaking.... rasa inferior je.... nak buang jugak sebab segan tu tak ke mana

9. Suka tengok filem lama

10. Seronok mengandung tapi aduhai bila fikir bersalin.... rasa tetakut sikit.


Thanx Puan Syima for the tags

Class of 2008/2009 Universiti Malaya


Sekuliah bersama younger students make me feel young..... Heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...