Teruja….Saspens….Gembira….Ingin melompat….Rasa mahu terbang tinggi dari lantai bumi…
Itulah perasaan yang boleh saya gambarkan sekarang…
Mahu tahu mengapa? Jom lihat gambar di atas…Cantik kan? Bukan saya yang lukis atau pereka grafiknya. Sebab itu saya boleh mahu puji sungguh-sungguh…Ceria sungguh gambar kulit buku keempat saya yang akan menjengah pasaran tidak lama lagi…Warna-warni seperti warna pelangi.
Pada saya, sebagai penulis saya telah mencuba yang terbaik tetapi saya tahu sebagai seorang insan biasa…banyak ruang lagi yang boleh saya perbaiki. Saya tidak akan berhenti untuk memperbaiki hasil tulisan saya.
Pada saya, seringkas mana pun tulisan saya, saya sedaya-upaya akan melakukan rujukan yang terbaik.
Meskipun hanya nama saya dan pastinya nama penerbit yang tertera di kulit buku tetapi buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan suami dan puteri-puteri saya serta editor saya yang sungguh penyabar iaitu Puan Nine dan illustrator serta pereka grafik yang menghasilkan kulit buku dan ilustrasi di dalam buku ini.
Doa saya moga pembeli dan pembaca buku ini akan gembira dengan karya ini.
Seperti kata-kata di kulit buku ‘SYOKNYA JADI REMAJA’…saya 100% setuju. Percayalah setiap kitaran hidup kita ada keseronokan dan dugaan di situ. Hargailah ia dengan baik.
Jaga diri semua….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan