Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 22 April 2009

Mama, benarkah hantu itu wujud?


Saya sering ditanya oleh puteri-puteri saya akan soalan di atas.
Jawapan saya:
Hantu tiada, yang ada ialah syaitan. Syaitan memang gemar mengacau manusia dan ia adalah makhluk yang dicipta olah ALLAH s.w.t daripada api. (Panjang lagi penerangan saya bersambung)

Malam itu, 3 puteri dan suami sedang menonton televisyen. Saya memang tidak gemar melihat lampu dan kipas terpasang jika tiada penghuni yang menghuni di situ. Saya terdengar bunyi kipas yang keluar dari bilik 3 puteri saya. Tanpa banyak soal, pantas benar kaki saya melangkah mendekati seraya hati saya membebel-bebel sendirian...hehehehe.

Saya hampir menjerit apabila melihat suatu lembaga yang memakai baju puteri saya duduk bertenggek di almari yang dipasang bersama katil berkembar 3 milik 3 puteri saya. Saya tidak mampu menjerit dan segera memasang lampu bilik anak. Ha!!!!!! dan saya ketawa sendiri. Mujurlah saya tidak menjerit. Jika tidak pasti suami dan 3 puteri akan terburai gelak tawa yang bila akan berkesudahan.

Hendak tahu apa yang saya lihat? Jawapannya ada pada gambar di atas..Rupanya suami saya telah terkena dulu

4 ulasan:

Aku berkata...

hahaha!!memang kelakar la..kalau makndak pon mau terkedu dibuatnya, Sapa la yang punya kerja tu?hehehe

-makndak-

zakiah berkata...

Terima kasih Mak Ndak kerana sudi menjengah ke blog Mak Teh.
Kalu akak tak habaq ulasan tu boleh diulas, memang mak teh tak tau heheheheh
tu mesti kerja puteri pertama dan puteri kedua. depa memang gemar buat cam tu...
yalah berlakon jadi mama dan anak...
bila depa berlakon, dan memanggil mama mama mesti mak teh yang terperasan hihihi

Aku berkata...

budak2 biasa la tu. rindu la kat anak2 buah.insyaAllah kalau makndak dah kurang busy dan sihat seperti sediakala, makndak akan buat lawatan ke saujana nanti.

zakiah berkata...

Jemputlah berkunjung ke teratak saya akak. jangan lupa bawa lin ya... kabo bila nak dtg ok... boleh masak istimewa sikit. selalunya masal taruk2 je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...