Jom Ikut Blog Saya

Sabtu, 25 April 2009

Lagi Kisah Pesta Buku Antarabangsa 2009








Inilah majalah-majalah dan buku-buku yang sempat saya sambar untuk tatapan dan bacaan kami sekeluarga.
Suami saya cukup terperanjat ' banyaknya'
itu sahaja yang mampu diucapkan. heheheh
Anak-anak saya cukup cemburu kerana kelihatannya lebih banyak bacaan untuk saya
Saya pun terperanjat juga sebenarnya
Kerana kekangan masa untuk menghantar anak ke sekolah
dan keperluan saya untuk menghadiri kuliah
Inilah yang bisa saya sambar hari itu
Untuk melihat lagi buku yang saya beli untuk puteri-puteri saya,
kliklah disini

9 ulasan:

Aku berkata...

Jangan lupa simpan resitnya. Boleh claim income tax tu.

zakiah berkata...

Betul-betul...saya dah failkan awal2 semua resit buku n majalah heheheh
senang lepas beli terus masuk fail, kalau tak nanti lupa... bila dah submit form lhdn baru jumpa resit..

Aku berkata...

ye betul...filekan segala docs so that kita pon sennag kemudian hari nanti.

Raja Radiah berkata...

amboi banyaknya beli novel...sib baik radiah keje di library, so novel dan majalah2 tu semua tak payah beli...boleh baca je kat tempat keje walaupun kadang2 dah terlewat ada di rak....yang rajin radiah beli pun majalah ma&pa sebab untuk simpanan koleksi...

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum Pn. Zakiah,

Huhu...tangkapan yang lumayan di pesta buku. Bila & yang mana satu akan dibaca dahulu?

Saya pula, kalau tidak silap, 'menangkap' lebih kurang 15 buah. Itu pun saya tidak ke sana pada hari terakhir kerana takut. Takut pertama ialah org ramai sangat & takut yg ke-2 ialah TAKUT BELI (baca BORONG) BUKU LAGI! :-)

zakiah berkata...

Puan Raja Radiah

terima kasih sudi berkunjung ke laman saya.
wah! bestnya kerja di library. di mana tu?
mesti banyak dah khatam buku

zakiah berkata...

Waalaikumussalam Tuan Web Sutera

Terima kasih kerana sudi jenguk laman saya.Saya sebenarnya mmg nak pergi lagi sekali, nasib baik tak sempat pg. betul tu takut terbeli lagi...
sekarang ni tgh exam month, mmg sibuk sikit tapi tulah bila dah tepu baca nota atau buat latihan, saya baca untuk first round buku2 tu.. bnyak yg dah hbs first round tapi tu bukanlah baca daripada satu perkataan ke satu perkataan lagi. Itu tunggu second atau firstround pulak..

crystal_azure berkata...

salam

wahhh...byknye beli buku...
suka bca novel ek??

zakiah berkata...

Cik Crystal Azure

thanx sudi singgah kat blog saya
memang suka sangat baca novel
walaupun masih ada novel yg tak boleh habis dari kulit ke kulit, tapi masih suka beli.......
tapi kalau novel yg suka tu boleh ulang banyak kali

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...