Jom Ikut Blog Saya

Isnin, 29 November 2010

Baju merah untuk anak....Red dress for my princess

Saya memang seronok benar menyuaipadankan kain untuk dibuat baju...
Mungkin kadangkalanya padanannya tidak begitu sesuai tetapi saya anggap ia sebagai eksperimen...
Bukankah saintis-saintis terdahulu juga melakukan pelbagai eksperimen sehingga ia berjaya...
Begitu jugalah saya sinonimkan ia dengan dunia jahitan yang saya minati...
lagi-lagi dengan kemahiran jahitan yang tidak berapa mencukupi....
tetapi disertai dengan minat yang menggunung...
Jom layan baju merah untuk anak saya...
Kain merah itu adalah baki kain yang telah diperap bertahun-tahun...
Saya padankan dengan kain merah bercorak dan riben kombinasi warna coklat dan merah jambu yang saya beli dari blog sewing 'n' Craft Hobbies.

Pandangan belakang
Dari hadapan








Sabtu, 20 November 2010

Tutorial menjahit kasut bayi

Melihat rakan saya Suzi menjahit kasut bayi yang sungguh kemas dan cantik...
Teringin juga untuk melakukan perkara yang sama cuma belum ada masa yang mencukup lagi...
Suatu hari nanti saya akan cuba juga.
Saya cuba mencari tutorial yang telah dikongsikan oleh ramai penulis blog...
Antaranya ialah:

1) http://stardustshoes.blogspot.com/2006/10/cloth-shoe-pattern.html
2) http://goosiegirls.wordpress.com/2008/07/23/baby-shoe-tutorial/
3) http://www.prudentbaby.com/2010/01/diy-baby-shoes-recycled-from-old-jeans.html
4) http://www.newconceptions.com/free.htm

Terima kasih kepada Joanna (blog 1), Renee (blog 2), Prudent (blog 3), newconceptions (blog 4) kerana berkongsikan tutorial yang sungguh menarik ini
.

'Patchwork' pertama saya

Hari itu saya habiskan mengemas barang-barang lama...
Arakian ceritanya, hari itu sedikit pengubahsuaian dilakukan di rumah saya.
Meskipun ia nampak sangat ringkas.. tetapi habuk dan pengemasan yang perlu dilakukan selepas itu sangat kompleks...
Namun hasilnya agak menggembirakan kerana saya telah terjumpa kain-kain kapas dan fabrik-fabrik lain yang tersimpan di dalam stor serta lebih banyak pakaian suami untuk diubahsuai...
Agak-agak jika kain-kain itu boleh menjerit...pasti sudah lama ia menjerit minta dijahit...
heheheh mujur juga ia tidak boleh menjerit...
Cuba lihat gambar di bawah. Ia adalah 'patchwork' pertama saya yang terbengkalai sekian lama...
Saya masukkan di sini sebagai kenang-kenangan


Ahad, 14 November 2010

Lagi seluar papa menjadi seluar puteri saya

Ingin saya berkongsi beberapa seluar suami yang telah diubahsuai menjadi seluar puteri saya.



Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan pembuangan seluar-seluar itu dan membantu dalam 'hijau'kan bumi kita.
Tutorial mengubahsuai seluar ini boleh diperolehi di sini.
http://zakiahags.blogspot.com/2010/10/tutorial-ubahsuai-seluar-papa-kepada.html

Ahad, 7 November 2010

Jom 'Hijau'kan bumi: Beg beli barang aka serba guna

Semalam saya selesai mencuci koleksi beg beli barang yang saya sempat jumpa...alkisahnya sudah jadi dalam kelompok barangan antik agaknya kerana sudah lama tidak digunakan....Emm...mungkin ada lagi yang tidak tercapai...Banyak betul koleksi. Perlu buat program mencari barang lagi...Ada kotak tidak pernah dibuka lagi sejak pindah dari rumah lam dahulu. Ada beg daripada syarikat farmaseutikal yang pelbagai corak...gambar katak comel pun ada. Suka betul! Beg daripada syarikat pengeluar kenderaan dan penerbit buku pun ada. Ada juga beg yang saya beli iaitu ketika pameran buku antarabangsa.



Semalam saya telah berjaya memulakan langkah tidak menggunakan plastik di pasaraya. Perlahan-lahan saya akan cuba untuk kempen hijaukan bumi ini. Jom 'hijau'kan bumi kita.... Inilah bumi yang kita akan wariskan kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti...







Ini pula beg yang telah saya balut dari cantuman kain kapas dan seluar sang suami yang telah diubahsuai. Ini juga salah satu langkah untuk mengurangkan pembuangan sampah untuk menjaga alam kita dan boleh juga jimatkan duit kita.




Jom 'hijau'kan bumi!!!!!!!!!!

Khamis, 4 November 2010

Skirt dan Blaus untuk puteri bahagian satu

Dalam seronok-seronok saya menggayakan 'peasant maxi' saya yang lepas, memang ada insan-insan yang cemburu....heheheh...tentulah puteri-puteri saya. Jangan takut anak-anak, mama memang tengah semangat benar menjahit ini...

'Peasant blouse' dan skirt bertingkat ini saya jahit daripada kain batik berwarna biru yang suami tersayang belikan di Kelantan serta dipadankan dengan kain kapas berwarna biru tua..

Saya memang tengah berminat mencantumkan dan cuba menyuaikan kain-kain...

Puteri kedua saya memang suka.

Baju baru ini telah pun selamat dipakai olehnya ke walimatulurus anak rakan suami saya minggu lepas.
Jika ada yang berminat, bolehlah mencuba jahitan ini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...