Jom Ikut Blog Saya

Selasa, 19 Oktober 2010

TUTORIAL UBAHSUAI SELUAR PAPA KEPADA SELUAR ANAK / PAPA’S TROUSERS TO DAUGHTER’S SLACK TUTORIAL

Bulan ini, hati saya bagai digaru-garu untuk mencuba pengubahsuaian pakaian. Geramnya.!!! Saya selongkar almari pakaian saya, seperti biasa: saya memang sukar benar untuk melakukan pensisihan. Hendak sisih yang itu, terasa sayang. Hendak sisih ini sayang juga. Lantaran itu, apa lagi segeralah saya teringat almari sang suami. Heheheh (muka nakal)

Beberapa bulan lepas, suami saya membuat pensisihan ala-ala 5 S untuk almari pakaian beliau. Setelah ditenung-tenung, difikir-fikir dan dicuba-cuba. Rupa-rupanya (meskipun sememangnya sudah boleh diagak :)), banyak juga helaian seluar panjang dan kemeja yang sudah tidak boleh digunakan oleh beliau.

Di antara penyebabnya ialah:

  • 1) Terkoyak sedikit
  • 2) Sudah tidak muat untuk dipakai
  • 3) Sudah luntur

Seperti biasa, saya cuba-cuba untuk mengubahsuai helaian-helaian yang telah disisihkan. Agak selesa rupanya digunakan oleh puteri saya. Apa tidaknya material seluar tersebut memang sungguh selesa. Bolehlah pakai! Puteri pun seronok sebab mama jahitkan sendiri.

Mari kita berkongsi tutorial untuk menukar seluar papa kepada seluar anak. Jeng…jeng…jeng…

Langkah pertama

Terbalikkan dahulu seluar papa untuk memudahkan kita memotongnya.


Langkah kedua

Lipat seluar secara simetri dan pilih seluar puteri yang paling selesa dipakai untuk digunakan sebagai ukuran. Jangan lupa pastikan dimana koyakan yang ada pada seluar papa supaya ia tidak diambil sebagai sebahagian daripada seluar baru.


Langkah Ketiga

Lakukan langkah ini dengan berhati-hati. Potong mengikut ukuran seluar puteri dan jangan lupa basi ya untuk jahitan dan untuk dijahit getah pinggang. Senang kan!

Lipatan bawah dan salah satu bahagian tepi seluar papa juga diambil sebagai sebahagian seluar baru. Jimat masa! Tidak perlu dijahit di bahagian itu. Anak panah biru adalah basi untuk menjahit getah pinggang. Jangan lupa ukur besar getah tersebut.

Tada!!!

Potongan sudah siap.

Langkah Keempat

Jahitkan kedua-dua belah kaki seluar (ikut garisan kuning, jangan lupa rapikan lipatan kaki seluar).

Kemudian jahitkan mengikut garisan biru pula..

Saya belajar banyak sewaktu menjahit seluar ini kerana sememangnya saya tidak mahir menjahit seluar…heheh



Langkah Kelima

Lipatkan bahagian bergaris biru dan jahitkan untuk memasang getah pinggang. Untuk tutorial ini, boleh lihat tutorial saya sebelum ini DI SINI.


Inilah hasilnya.

Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!!!







2 ulasan:

MamaDaniel berkata...

idea yang sgt bernas nih kak.. kena try gak nih.. saya selalu gunting kemeja husband jer.. hehehe.. seluar blom pernah lagi.. :D

zakiah berkata...

Terima kasih Mama Daniel...
jomlah cuba...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...