Jom Ikut Blog Saya

Khamis, 10 Jun 2010

Ubahsuai T-shirt Bahagian III

Nampaknya lama sudah blog saya ini tidak berusik...
Kaku terpamer kandungan yang sama.
Bukan tidak ada idea.
Tetapi saat ada idea...ada kekangan yang menjadi penghalang.
Di saat in, saya ingin kongsikan projek ubahsuai t-shirt saya yang lama sudah berjaya
Tetapi tidak sempat lagi nak dikongsikan.
Sekiranya ada yang berminat untuk lakukan perkara yang sama, amat saya alu-alukan...
Selamat mencuba ya



Gambar 1: Kain dari jenis kain t-shirt berjalur-jalur yang saya beli dari rakan di pejabat


Gambar 2:T-shirt berkolar jenis panjang yang saya beli. Gatal tangan saya nak mengubahnya tanpa sebab


Gambar 3: Mesin jahit yang saya gunakan selama ini. Hadiah dari abah dan emak. Sudah lama saya pakai, Alhamdulillah ia masih berkeadaan baik


Gambar 4: T-shirt selepas diubahsuai...Saya jahitkan juga butang di hujung belahan baju di kiri dan kanan baju. Heheh oleh kerana segan nak pamerkan muka...gunakan buku Dunia Almira sebagai perisai wajah.... Nampaknya ada comel mama yang nak mencelah masuk juga....heheh....Silakan

4 ulasan:

Durrah Fatiha berkata...

Sakam Zakiah,
Tahniah atas idea yang kreatif tu. Akak sendiri tak pandai menjahit. Tangan ni keras agaknya...

zakiah berkata...

Assalamualaikum Kak Durrah

Takpa Kak Durrah
Perlahan-lahan...sure boleh nanti...
mula2 jahit yang tegak selepas itu bolehlah jahit yang bersegi2...heheheh...
Terima kasih sudi menyinggah kak

kakza berkata...

Haha...akak dah pernah buat untuk anak tapi diorang taknak pakai...tak cantik katanya...buat sebab jer la mama nak kena beli baju muslimah baru...akhirnya jadi bisness pulak....

zakiah berkata...

Tahniah Kak Za sebab dh berjaya berbisnes...
tq kerana sudi menyinggah...
jahitan saya pun tak berapa kemas tapi untuk suka-suka bolehlah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...