Jom Ikut Blog Saya

Khamis, 6 September 2012

Jeng jeng....kemunculan 'baby' IA

Lama sungguh blog ini bersawang dan tidak bersapu. Mujur juga tiada dicemari dengan najis-najis cik cic (kependekan kepada cik cicak) atau cik ti (kependekan kepada cik tikus). :) Letih juga nak membuang habuk-habuk yang melata dan berterbangan dalam blog ini. Terpaksalah saya cuci terus dengan detergen yang sungguh kuat kuasanya. :) Melalutlah pula saya petrang-petang ni.

Kepada yang sudi membaca blog saya yang serba sederhana ini (saya tundukkan sedikit kepala saya seperti gaya orang Jepun dan Korea), saya ingin merakamkan  ucapan berbanyak terima kasih dan Selamat Hari Raya. Syawal masih berbaki lagi dan saya percaya kegembiraan Syawal masih tebal dalam diri kita.
Disini saya ingin bercerita mengenai kemunculan 'baby' IA.
'Baby' IA telah selamat lahir pada 4 Jun 2012. Alhamdulillah.
Jika ikut tarikh kiraan 40 minggu, 'baby' IA telah lahir awal sehari daripada tarikh tersebut. Subhanallah tembam betul 'baby' IA ketika lahir.
Geram sungguh!
Rasa nak picit-picit sahaja pipi 'baby' IA yang gebu itu.
Cuba tengok mata 'baby' IA yang terlindung dek kegebuan pipinya itu.
Comel sungguh ciptaan ALLAH.
Jom kita saksikann kegebuan 'baby' IA ketika lahir dengan sudut dekat.


 
Subhanallah.
'Baby' IA adalah anak keempat saya dan kini 'baby' IA telah pun berusia 3 bulan. Ketembaman 'baby' IA juga telah berkurangan. Mungkin kerana:
1) 'Baby' IA lasak orangnya
2) 'Baby' IA asyik kena cium sahaja oleh kakak-kakaknya yang tidak sabar-sabar mahu menggendongnya dan bermain denganya.
 
Alhamdulillah Ya ALLAH atas kurniaanMU.
'Baby' IA lahir setelah saya keguguran dua kali sebelum ini.
Saya juga tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada awal kandungan kerana keguguran saya sebelum ini berlaku ketika janin berusia 12 minggu. Saya bertawakal kepada ALLAH.
Jika mahu dikenang-kenang, kerisauan saya terhadap kandungan kali ini sangat tinggi dan ia hilang tatkala melihat 'baby' IA yang lahir dengan sihat.
ALhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana ENGKAU izinkan kami sekeluarga untuk memiliki zuriat lagi.

5 ulasan:

Angah berkata...

ala comelnya baby ni...

zakiah berkata...

Hehe semua baby memang comel2 belaka angah. Terima kasih sudi membaca blog ini

shameel Iskandar berkata...

Assalamualikum.
Baby yg comel dan moga dlm naungan rahmat Allah selalu utk Pn. Zakiah sekeluarga.

Tahniah krn karya2 hebat Pn. Zakiah. Sy ingin bertanya, macammana mana yer caranya agar novel kita diterima dan seterusnya dapat diterbitkn oleh buku prima. Saya sebenarnya berminat juga utk menulis novel, tap isetakat ni hanya mampu menghasilkan cerpen sahaja.

http://www.bicaradariaku.com/search/label/CERPEN

Linda berkata...

Zakiah, congrats dapat baby boy!

nina berkata...

comel nye baby niii..
nak barangan baby murah2?
checkitout at my blogstore
Nina's Store

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...