Saya adalah insan biasa yang gemar berkongsi ilmu yang dimiliki...Selagi termampu, tarian pena saya tidak akan berhenti
Khamis, 11 Ogos 2011
Sedikit info petikan daripada ceramah Prof Dr. Harlina Halizah Hj Siraj
Ahad, 7 Ogos 2011
Ubahsuai skirt jeans


Ahad, 31 Julai 2011
Baju tidur untuk puteriku bahagian 1
Sekali tengok macam baju 'the clown' kan?
Hehehe
Tapi saya suka dan puteri saya pun suka
Jom layan!!!
Tutorial untuk menjahit 'peasant style' ini boleh dirujuk di bawah: JOm....
http://zakiahags.blogspot.com/2010/10/peasant-blouse-atau-peasant-maxi.html
Jumaat, 29 Julai 2011
Bulatnya!
Tak kiralah sama ada ia merujuk kepada pipi atau perut...Senyum sahajalah kan...
Ketika kecil dan diberitahu oleh guru bahawa dunia itu bulat...saya sering terfikir agaknya jika saya kayuh basikal 'chopper' biru saya itu jauh-jauh...pasti saya akan sampai ke Jepun untuk bermain salji ( :) semasa kecil banyak sangat menonton drama alih bahasa Jepun..penangannya hingga sekarang)Kemudiannya ketika saya di sekolah rendah, skuad bola sepak Johor sangat hebat...
Saya seronok sangat meskipun saya tak berapa faham bila menontonnya kerana saya masih ingat pernah ada cuti sekolah dihadiahkan oleh Almarhum Sultan Johor waktu itu apabila skuad bolasepak Johor menjuarai pertandingan.
Sebenarnya saya bukannya mahir bercerita tentang bola sepak kerana saya anggap suami saya ialah kamus sukan. Dia selalu ada untuk menjawab perlbagai perkara yang saya tidak faham tentang sukan.
Namun menonton perlawanan timbal balik Malaysia Vs Singapura malam tadi...saya sudah maklum....bola itu sememangnya bulat...ia memang mudah bergolek sama ada ditendang atau tidak.
Skuad Harimau Malaya hebat malam tadi...Syabas!
Penonton Malaysia hebat malam tadi...Syabas!
Mungkin ada banyak teknik baru pasukan lawan yang boleh dijadikan teladan.
Pada saya...tak salah meniru perkara atau teknik yang baik...
dan....
Percayalah bola itu memang bulat dan ia akan sentiasa bergolek...
Suatu hari nanti moga lebih banyak kemenangan akan diperolehi oleh Malaysia....
Agak-agaknya jika bola tidak bulat....
Mungkin inilah bentuknya...
Jika warnanya terang pasti kita sakit mata...Senyum selalu
Khamis, 28 Julai 2011
Kembara Prihatin Ceriakan Anak-Anak Yatim di Rumah POSHe

skirt puteri 1 bahagian 1
Skirt yang saya buat untuk anak-anak atau untuk diri sendiri...Rabu, 27 Julai 2011
JOM BACA KID's PRIMA
Anda tercari-cari buku-buku cantik dan berkualiti untuk anak-anak?
Buku-buku yang terpamer di atas adalah antara jawapannya. Banyak lagi yang akan saya pamerkan, terbitan hebat Grup Buku Karangkraf.
Bukan sahaja mengandungi cerita yang menarik dan gaya bahasa yang ringan yang mampu mendorong anak-anak untuk bercerita, membuat ayat dan karangan.
Ia juga dicetak di atas kertas kilat yang berkualiti tinggi.
Mari klik di sini untuk membeli secara online KARANGKRAF MALL
Jika berhajat untuk membeli buku tulisan saya terus daripada saya iaitu:
1) Riang Ria Almira
2) Impian Almira
3) Dunia Almira
Boleh hubungi saya di zakiahags@yahoo.com.
Apa tunggu lagi...
Jom jangan lepaskan peluang ini...
Ahad, 17 Julai 2011
Gaun puteri bahagian 3
Akhirnya gaun untuk puteri sulung telah siap untuk dipakai. Kain Japanese cotton itu saya beli di Nagoya, Shah Alam dan kain kosong untuk tali pinggang saya beli di Tewah di Mines. Sengaja saya padankan kain kosong yang menyerlah dengan warna kain berbunga yang agak gelap itu supaya gaun itu nampak lebih manis.
Ini kali pertama saya cuba menjahit gaun bertingkat dua. Sebelum ini untuk gaun puteri tiga dan dua, saya jadikan ia sebagai renda sahaja.
Selasa, 12 Julai 2011
Apa kata anda? Ada apa dengan cinta?

Saat ini saya teringat soalan yang pernah ditanyakan kepada saya. Ada kawan perempuan (yang masih bujang) bertanya apakah pandangan saya sekiranya ada lelaki yang lebih rendah tahap pengajiannya datang melamar. Saya terdiam sejenak untuk mengatur bahasa. Yalah lain orang lain pandangannya.
Saya tidak boleh pukul rata semua orang itu sama. Mungkin ayat saya nanti terlalu jujur, saya perlulah mengatur bahasa lebih baik. Saya cuba memandang contoh-contoh di sekeliling. Saya perlu berfikir dalam bagi menyelusuri topik ini. Yalah, manalah tahu kalau-kalau nasihat saya akan terus diambil bulat-bulat.
Bagi saya, ilmu sememangnya sangat penting kerana itulah harta pusaka yang diwariskan oleh abah dan emak saya kepada anak-anaknya. (Alhamdulillah atas semangat dan jerit perih yang terpaksa dilalui oleh emak dan abah sehingga saya mencapai apa yang saya miliki sekarang). Saya sentiasa ingat ayat abah dan emak saya sampai bila-bila. Namun ilmu itu secara ringkasnya boleh dimiliki melalui 2 kaedah sama ada formal atau tak formal. Ini pandangan saya ya!
Bagi yang telah memiliki sijil atau diploma atau ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana atau phd. Tahniah! Jerit perih belajar telah terlunas. Namun saya maklum tidak semua orang ada kemampuan atau kesempatan untuk memiliki semua itu. Besar sungguh dugaan untuk menggapai awanan tinggi. Ada banyak duri dan rintangannya.
Berbalik kepada soalan kawan saya tadi. Bagi saya tidak mengapa. Yang penting pasangannya tidak bersifat jumud dalam mencari ilmu. Yang paling penting asas yang wajib diketahui sebagai seorang muslim sememangnya diketahui dan diamalkan. Yang penting juga dia bukanlah orang yang mengambil kesempatan ke atas pasangannya. Meskipun gajinya lebih kecil daripada sang isteri tetapi dia membiayai keluarganya dan isteri boleh menambah apa yang perlu. Yang penting dia menyayangi isteri dan menerima keluarga isteri sebaiknya. Isteri juga begitu.
Kata abah saya : jangan belanjakan gaji kita sebelum gaji itu sampai. Mudahkan ayat itu tetapi itulah asas perbelanjaan kita. Jangan berhutang (jika kita mampu membayar dengan tunai) dengan mengharapkan gaji kita nanti akan mampu membayarnya. Sentiasa mengukur baju di badan sendiri.
Bagi saya, kebahagiaan dan ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nilainya ada di hati dan di jiwa.
Sabtu, 9 Julai 2011
Tips pengurusan pakaian sebuah keluarga bahagian 3
http://zakiahags.blogspot.com/2009/03/tips-pengurusan-pakaian-sesebuah.html
http://zakiahags.blogspot.com/2009/03/tips-pengurusan-pakaian-keluarga-2.html
Hari indah di hari Sabtu 9 Julai 2011 ini, hati saya terusik untuk menyambung garapan itu....(teringat tajuk novel Hati yang terusik garapan novelis hebat Nia Azalea :) Novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 beberapa tahun lepas.)
Menjadi satu perkara penting dalam jadual hari Sabtu ialah mencuci pakaian anak sekolah. Hmm nampak senang kan tetapi realitinya aduh! boleh menangis kalau tangan, kaki dan mata tidak kuat. Kenapa saya berkata begitu? Tahu sahajalah pakaian sekolah anak-anak yang wajib ialah warna putih. Kekadang saya terfikir pasti mudah sedikit jika pakaian sekolah anak saya bukan berwarna putih...Fuhh!!!
Imaginasi saya pasti warna merah jambu atau ungu....ini kira warna baju anak perempuan ataupun jika nak mudah warna gelap sahaja, mudah benar hendak cuci jika dibandingkan dengan warna putih...

Mari kita berkongsi sedikit tips mencuci pakaian sekolah anak.
Tips 1:
Seperti biasa seperti yang disebutkan dalam tips yang lepas. Asingkan warna gelap dan warna lembut. Mudah nanti kerja ibu.
Biasanya saya akan mulakan tugas ini sedari hari Jumaat lagi. Basuh dahulu kain-kain / seluar-seluar sekolah dan kemeja T sukan sekolah (anak saya pasukan merah dan kuning).
Terpulang sama ada mahu mencuci tangan atau menggunakan mesin basuh. Jika menggunakan tangan, rendam dahulu. Jika menggunakan mesin basuh, lihat kadar kekotorannya. Jika sangat kotor, amalkan untuk menekan butang SOAK (rendam), EXTRA WASH dan EXTRA RINSE. Untuk menjaga kualiti pakaian ini (untuk mengelakkan berbulu atau terlalu renyuk), tekan juga butang GENTLE SPIN.
Kira selesai sudah langkah 1.
TIPS 2
Untuk pakaian berwarna putih, ada beberapa langkah yang dicadangkan untuk dipilih sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh atau cucian tangan iaitu:
2.1 Tabur bedak pada kesan kotoran berminyak (alahai anak-anak saya semacam menjadi satu kewajipan, pasti ada kesan ini pada baju atau tudung mereka....kocek baju sekolah apatah lagi...jika tidak dibuatkan kocek pada baju kurung itu kasihan pula)
2.2 Jika tidak mahu taburkan bedak seperti di atas, boleh sapukan sabun mandi. Sabun mandi ini bukan sahaja boleh digunakan kotoran berminyak malahan juga sesuai diletakkan pada kotoran yang lain contohnya kesan hitam pada bahagian bawah lengan baju atau kesan-kesan gris pada pakaian.
2.3 Jika tidak sempat juga untuk melakukan langkah 2.1 dan 2.2, sebagai alternatif boleh sapukan secair pencuci pakaian pada kesan kotoran itu. (Kita bermainlah sedikitlah dengan sabun ini ya tetapi hati-hati sabun ini mempunyai pH alkali. Tidak semua kulit dapat bertahan dengan pH alkali yang tinggi...kita perlu pilih sabun yang sesuai dengan kulit kita ya).
2.4 Satu lagi tips yang saya pernah dapat ialah jika ada kesan karat pada pakaian, boleh mencuba untuk letakkan perahan air limau kasturi/nipis. Wallahualam...Tips 2.4 ini saya tidak pernah buat lagi kerana jarang terkena.
Biasanya selepas tips di atas dipilih untuk digunakan pada pakaian barulah saya akan mencucinya. Sekiranya saya memilih cucian mesin, saya akan amalkan untuk menekan butang SOAK (rendam), EXTRA WASH dan EXTRA RINSE. Untuk menjaga kualiti pakaian ini (untuk mengelakkan berbulu atau terlalu renyuk), tekan juga butang GENTLE SPIN.
Setelah pakaian ini selesai diperah secara lembut oleh mesin basuh, saya akan melakukan langkah seterusnya iaitu nila baju. (Saya suka melihat pakaian putih yang dinila...cantik sekali warnanya).
Teringat ketika di zaman tinggal di asrama dahulu, biasanya jika ada yang telah membuat air nila, kita akan berkongsi dengan kawan-kawan yang lain pula...
Untuk saya pula, saya lebih gemar menggunakan nila cecair berbanding nila serbuk. Lebih mudah.
Sebelum saya berhenti, saya ingin berkongsi satu tips lagi iaitu:
TIPS 3
Jika mahu menila pakaian, saya syorkan untuk tidak menggunakan cecair pelembut pakaian. Berdasarkan pengalaman saya jika cecair ini digunakan bilasan terakhir pakaian putih, nila yang terhasil pada pakaian kurang cantik.
Sekian dahulu.
Rabu, 29 Jun 2011
TIPS MENGELAKKAN TEKANAN DIRI bahagian 1
Saya juga tidak bercadang untuk menulis panjang.
Ingin saya kongsikan sedikit tips mengelakkan tekanan diri:
- Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Percayalah kata-kata saya. Kerja pejabat atau kerja rumah tidak mungkin akan berakhir. Kuantitinya mungkin berkurangan namun ia tidak mungkin menjadi kosong. Tidak percaya? Jika kita membasuh pakaian setiap hari sekalipun, pasti pakaian kotor akan ada lagi. Sekiranya surat-surat telah dihantar pasti ada lagi surat baru yang perlu dikarang.
- Buat sesuatu perkara yang seronok dan betul untuk diri sendiri yang tidak perlu dinilai atau diberi markah. Contohnya mempunyai hobi. Katakanlah hobi kita ialah menjahit. Jahitlah sesuatu dengan perlahan dan menyeronokkan. Perasaan seronok mesti ada.
- Buat belanjawan dengan baik. Jangan membeli dengan mengukur baju di badan orang lain. Lain orang lain keperluannya. Mungkin barang kemas berharga berpuluh-puluh ribu bukan keperluan kita meskipun ia mungkin perlu bagi orang lain.
- Buat simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa simpan dahulu sedikit duit sebelum membelanjakan pendapatan kita. Biar sedikit tetapi berterusan. Sedikit sedikit lama-lama akan jadi bukit. Ingat jika sebulan boleh simpan RM500...setahun sudah RM6000. Jika sebulan simpan RM100...setahun sudah ada RM1200. Jika masih ada wang baki gaji bulan lepas...fikirkan yang terbaik sama ada ia boleh ditambahkan ke dalam tabung simpanan .kita atau boleh dimasukkan ke dalam simpanan untuk melakukan perkara lain contohnya hobi atau melancong. jangan usik simpanan utama.
Jumaat, 17 Jun 2011
Sedapnya Tropicana Twister
Tiba-tiba tercetus keinginan di hati saya untuk bercerita mengenai Tropicana Twister...
Saya mula mengenali jenama minuman yang sungguh lazat..(memang betul lazat sangat..) apabila perisa oren dikeluarkan....
Selepas itu kami cuba pula untuk membeli twister perisa epal....(wah! sedap juga)
dan akhirnya perisa terbaru ialah blackberry....ops blueberry ops blackcurrant ya
Namun dalam 3 perisa ini, perisa yang paling saya gemari ialah perisa oren. Alahai! sedap sangat. (ketika saya bercerita mengenai minuman ini memang saya dapat rasakan getaran dalam jiwa saya...heheheh)
Bagi yang suka minum Tropicana twister atau suka mencuba untuk memasuki pertandingan...
Saya mahu kongsikan berita baik ini.
Sekarang ada TROPICANA TWISTER 'LIVE LOVE LIFE' SEASON 3 CONTEST...macam gambar selingan di bawah. JOmlah pakat-pakat masuk.
Syarat-syarat pertandingan boleh diperolehi di laman web ini http://econtest-malaysia.blogspot.com/2011/05/tropicana-twister-live-love-life-season.html
Hadiahnya pula sungguh lumayan...tak rugi mencuba kan!
Jika hendak mudah....cetak sahaja borang di laman web ini...
http://www.permanis.com.my/Tropicana_Twister_Contest_Form.pdf
Di borang tersebut ada dinyatakan syarat-syarat penyertaan sahaja...
Memang senang sangat untuk menyertai pertandingan ini...
Tak percaya? Emm... apa lagi...jom cetak borang dulu dan kita sertai peraduan ini....
Sebelum saya berhenti....suka saya nak berpesan...jangan buang botol-botol twister itu begitu sahaja ya.
Kumpulkan dan hantarkanlah pada pusat kitar semula berhampiran rumah...
Mudah saja kan!
Mari kita sama-sama menjaga bumi kita
Ahad, 12 Jun 2011
Gaun Puteri Bahagian 2
Percayalah kata-kata saya...sungguh susah untuk ambil gambar puteri ketiga...
Melompat-lompat dan berpusing-pusing mengikut kata hatinya...
Layan sajalah ya :)
Kain kapas dua warna berlainan didapati di Nagoya. Kain ini pilihan puteri dua dan tiga.
Riben dan butang senyuman dibeli di Yee Button.
Gaun puteri bahagian 1
Kurang mahir...alasan 1
Kurang masa....alasan 2
akhirnya inilah gaun pertama yang berhasil...
banyak kelemahan yang perlu diperbaiki...
Kain kapas berbunga dibeli di Nagoya
Kain kosong coklat pinggang dibeli di kedai kain di Mydin terbesar di Malaysia.
Sabtu, 4 Jun 2011
ALMIRA, AZYAN DAN AWADAH DATANG LAGI! di dalam RIANG RIA ALMIRA

Terima kasih Puan Nine dan sidang editor Buku Prima. Terima kasih Grup Buku Karangkraf atas peluang yang diberikan. Peluang melihat buku diterbitkan adalah seperti melihat zakiah kecil dulu muncul kembali (hehehehe kerana inilah impian sewaktu kecil dahulu...menulis buku dan melarikkan idea saya di kertas)
Pengumuman
Pengumuman
Terima kasih kerana sudi membeli buku ini.
Saya sangat terharu
Buat suami dan puteri2 saya....terima kasih kerana memberikan ruang untuk mama menulis....
Buat abah dan emak...terima kasih kerana dahulu membelikan saya komik dan buku cerita yang menyebabkan saya turut mahu berkarya...
Buat adik beradik dan saudara mara....terima kasih atas sokongan dan idea yang disumbankan...
Buat kawan-kawan....sokongann kalian amat saya hargai....








