Jom Ikut Blog Saya

Khamis, 28 Julai 2011

Kembara Prihatin Ceriakan Anak-Anak Yatim di Rumah POSHe

Berita di bawah saya salin 100% daripada berita aktiviti di laman web Alaf 21 http://www.alaf21.com.my/berita/?b=201107285975588759

Saya: Buat Grup Buku Karangkraf dan suami serta Posche...terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk turut serta...Banyak yang saya belajar di sini dan ada kesayuan yang bertapak di dalam hati saya...Subhanallah
Puan Zakiah penulis buku Riang Ria Almira sedang bercerita.
Persembahan turut dirakamkan Kids On 2.

GRUP Buku Karangkraf melalui kerjasama dengan Electronic Media Airtime Services Sdn Bhd (EMAS) terlibat di dalam program Kembara Prihatin dengan berkunjung ke rumah kebajikan POSITIVE SHELTER HOME (POSHe) di Cheras pada 26 Julai lalu. Rumah kebajikan ini dihuni oleh kira-kira 15 orang anak yatim.

Program sehari di POShe bertujuan mengemas semula ruang tamu dan mini perpustakaan yang ada di sana. Buku-buku lama yang telah telah digunakan dikumpulkan semula dan bakal dijual semula dan hasil jualan akan didermakan kepada tabung POSHe.

Grup Buku Karangkraf telah menampilkan Pn Zakiah Abd Ghafar, penulis buku kanak-kanak yang telah menerbitkan 3 judul buku di bawah terbitan kami bagi sesi bercerita. Kisah Pensel Ajaib dipetik daripada buku Riang Ria Almira telah disampaikan selama setengah jam amat menggembirakan penghuni POSHe. Lebih-lebih lagi sesi tersebut turut diselang-selikan dengan soalan ringkas dan hadiah tajaan Grup Buku Karangkraf turut diberikan kepada pemenang. Grup Buku Karangkraf menyumbangkan bahan bacaan bernilai RM800 kepada POSHe.

Keriangan kanak-kanak diteruskan dengan kehadiran Uneh, Raja Pensil Warna yang mengajar melukis dan kaedah mewarna dengan betul.

Di samping itu, krew rancangan Kids On 2, turut hadir bagi merakamkan segala aktiviti yang berlangsung dan bakal disiarkan pada 27 Ogos 2011. Tidak ketinggalan penaja yang turut hadir dalam program ini seperti Galeri Ilmu, Bank Simpanan Nasional, Kamil Learning & Consultancy (penaja Superneuron) dan Kumpulan Raihan. Makanan sarapan, tengah hari dan minum petang ditaja oleh Bakeri Ibu.

Sebelum program berakhir, Penghuni POSHe turut mendendangkan dua buah lagu nasyid. Menurut Puan Wan Hava binti Wan Hussin, yang lebih gemar dipanggil Mak Wan, pengasas POSHe sangat mengalu-alukan program sebegini, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan tidak lama lagi. Beliau turut mengalu-alukan sebarang sumbang kepada tabung POSHe kerana rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2009 ini masih memerlukan dana bagi menampung kos keperluan harian penghuninya.

Berikut disenaraikan penaja program ini:

1) Grup Buku Karangkraf
2) Grup Majalah Karangkraf
3) Karangkraf Peduli
4) Galeri Ilmu
5) Bank Simpanan Nasional (BSN)
6) Kamil Learning & Consultancy (KLC) – Superneuron
7) Uneh (Raja Pensil Warna)
8) SIFIR’A
9) Reka Teemor
10) Mr Paint Man
11) Touch Gallery
12) RAIHAN
13) Cyberbang

ANDA DIPERLUKAN

Anda di alu-alukan menjadi sukarela untuk POSHe dan bergabung dengan kami untuk melakukan perubahan! Anda menjadi sukarelawan yang boleh menyumbang dalam berbagai bentuk:

- Menjadi Sukarelawan
- Kepakaran dan idea bernas
- Kemahiran dan ketrampilan
- Pakaian
- Bahan Makanan
- Kewangan dengan menyubang ke:

Tabung Poshe Positive Shelter Maybank: 564557124750

SILA RUJUK PADA PUAN WAN HAVA WAN HUSSIN A.K.A (makwan)
No.2, Jln.Budiman 14, Taman Mulia,
Bandar Tun Razak,Cheras,
56000 Kuala Lumpur

E-mel: positiveshelter@gmail.com,
fax: tel:/ HOT LINES : HP 016-627-1883


Anak-anak POSHe ceria bergambar bersama kumpulan RAIHAN.


Aktiviti permainan SUPERNEURON



Senarai penaja program ini


Raja Shahfaizal (berbaju biru) dan Uneh ditemu bual Buzz untuk program Kids On 2 (RTM2)


Raja Shahfaizal sedang menyampaikan mock up cek kepada Puan Wan Hava.


Anak yang bertuah menjawab soalan tepat menerima hadiah istimewa.


Puan Zakiah menyampaikan cenderamata kepada seorang kanak-kanak penghuni rumah POSHe.


Uneh sedang memberikan tip mewarnakan lukisan.


Menceriakan tetamu dengan dendangan nasyid.

skirt puteri 1 bahagian 1

Skirt yang saya buat untuk anak-anak atau untuk diri sendiri...
Biasanya akan ada kain kosong berwarna hijau...
Nak tahu kenapa?
kerana saya gunakan kain lebihan membuat kain sekolah kafa anak-anak...
sayang untuk membuang lebihan kain yang besar...
saya selang-selikan kain kosong dengan kain berbunga supaya tak nampak macam kain sekolah :)

Rabu, 27 Julai 2011

JOM BACA KID's PRIMA




Anda tercari-cari buku-buku cantik dan berkualiti untuk anak-anak?
Buku-buku yang terpamer di atas adalah antara jawapannya. Banyak lagi yang akan saya pamerkan, terbitan hebat Grup Buku Karangkraf.
Bukan sahaja mengandungi cerita yang menarik dan gaya bahasa yang ringan yang mampu mendorong anak-anak untuk bercerita, membuat ayat dan karangan.
Ia juga dicetak di atas kertas kilat yang berkualiti tinggi.

Mari klik di sini untuk membeli secara online KARANGKRAF MALL

Jika berhajat untuk membeli buku tulisan saya terus daripada saya iaitu:

1) Riang Ria Almira

2) Impian Almira

3) Dunia Almira

Boleh hubungi saya di zakiahags@yahoo.com.

Apa tunggu lagi...
Jom jangan lepaskan peluang ini...

Ahad, 17 Julai 2011

Gaun puteri bahagian 3

Akhir-akhir ini projek jahitan saya nampaknya terpaksa menunggu giliran di belakang. Bukan saya dah lupakan hobi yang menyeronokkan itu tetapi terlalu banyak projek yang meminta perhatian saya untuk dilunaskan. :)

Akhirnya gaun untuk puteri sulung telah siap untuk dipakai. Kain Japanese cotton itu saya beli di Nagoya, Shah Alam dan kain kosong untuk tali pinggang saya beli di Tewah di Mines. Sengaja saya padankan kain kosong yang menyerlah dengan warna kain berbunga yang agak gelap itu supaya gaun itu nampak lebih manis.

Ini kali pertama saya cuba menjahit gaun bertingkat dua. Sebelum ini untuk gaun puteri tiga dan dua, saya jadikan ia sebagai renda sahaja.


Selasa, 12 Julai 2011

Apa kata anda? Ada apa dengan cinta?

Topik saya hari ini mudah cinta. Saya pernah ditanya oleh seorang remaja, apakah yang boleh dibuatnya di musim cuti ini. Tanpa bertangguh, saya menjawab jadilah seorang penulis dan seperti saya dia tanpa bertangguh bertanya lagi tentang topik yang ditulisnya. Mudah sahaja jawapan saya!

Saya kata awak kan remaja tulislah mengenai topik cinta. Dia menjuih bibir. Padanya cinta itu nampak sempit tulisannya namun bagi saya tidak. Cinta itu sangat luas. Pasti ramai yang bersetuju dengan ayat saya ini. Bab ini...saya akan sambung lagi kemudian.


Saat ini saya teringat soalan yang pernah ditanyakan kepada saya. Ada kawan perempuan (yang masih bujang) bertanya apakah pandangan saya sekiranya ada lelaki yang lebih rendah tahap pengajiannya datang melamar. Saya terdiam sejenak untuk mengatur bahasa. Yalah lain orang lain pandangannya.

Saya tidak boleh pukul rata semua orang itu sama. Mungkin ayat saya nanti terlalu jujur, saya perlulah mengatur bahasa lebih baik. Saya cuba memandang contoh-contoh di sekeliling. Saya perlu berfikir dalam bagi menyelusuri topik ini. Yalah, manalah tahu kalau-kalau nasihat saya akan terus diambil bulat-bulat.


Bagi saya, ilmu sememangnya sangat penting kerana itulah harta pusaka yang diwariskan oleh abah dan emak saya kepada anak-anaknya. (Alhamdulillah atas semangat dan jerit perih yang terpaksa dilalui oleh emak dan abah sehingga saya mencapai apa yang saya miliki sekarang). Saya sentiasa ingat ayat abah dan emak saya sampai bila-bila. Namun ilmu itu secara ringkasnya boleh dimiliki melalui 2 kaedah sama ada formal atau tak formal. Ini pandangan saya ya!


Bagi yang telah memiliki sijil atau diploma atau ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana atau phd. Tahniah! Jerit perih belajar telah terlunas. Namun saya maklum tidak semua orang ada kemampuan atau kesempatan untuk memiliki semua itu. Besar sungguh dugaan untuk menggapai awanan tinggi. Ada banyak duri dan rintangannya.


Berbalik kepada soalan kawan saya tadi. Bagi saya tidak mengapa. Yang penting pasangannya tidak bersifat jumud dalam mencari ilmu. Yang paling penting asas yang wajib diketahui sebagai seorang muslim sememangnya diketahui dan diamalkan. Yang penting juga dia bukanlah orang yang mengambil kesempatan ke atas pasangannya. Meskipun gajinya lebih kecil daripada sang isteri tetapi dia membiayai keluarganya dan isteri boleh menambah apa yang perlu. Yang penting dia menyayangi isteri dan menerima keluarga isteri sebaiknya. Isteri juga begitu.


Kata abah saya : jangan belanjakan gaji kita sebelum gaji itu sampai. Mudahkan ayat itu tetapi itulah asas perbelanjaan kita. Jangan berhutang (jika kita mampu membayar dengan tunai) dengan mengharapkan gaji kita nanti akan mampu membayarnya. Sentiasa mengukur baju di badan sendiri.


Bagi saya, kebahagiaan dan ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nilainya ada di hati dan di jiwa.

Sabtu, 9 Julai 2011

Tips pengurusan pakaian sebuah keluarga bahagian 3

Saya pernah menggarap 2 bahagian tips pengurusan pakaian sebuah keluarga sebelum ini yang boleh dilihat semula di:

http://zakiahags.blogspot.com/2009/03/tips-pengurusan-pakaian-sesebuah.html

http://zakiahags.blogspot.com/2009/03/tips-pengurusan-pakaian-keluarga-2.html

Hari indah di hari Sabtu 9 Julai 2011 ini, hati saya terusik untuk menyambung garapan itu....(teringat tajuk novel Hati yang terusik garapan novelis hebat Nia Azalea :) Novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 beberapa tahun lepas.)

Menjadi satu perkara penting dalam jadual hari Sabtu ialah mencuci pakaian anak sekolah. Hmm nampak senang kan tetapi realitinya aduh! boleh menangis kalau tangan, kaki dan mata tidak kuat. Kenapa saya berkata begitu? Tahu sahajalah pakaian sekolah anak-anak yang wajib ialah warna putih. Kekadang saya terfikir pasti mudah sedikit jika pakaian sekolah anak saya bukan berwarna putih...Fuhh!!!

Imaginasi saya pasti warna merah jambu atau ungu....ini kira warna baju anak perempuan ataupun jika nak mudah warna gelap sahaja, mudah benar hendak cuci jika dibandingkan dengan warna putih...


Mari kita berkongsi sedikit tips mencuci pakaian sekolah anak.

Tips 1:
Seperti biasa seperti yang disebutkan dalam tips yang lepas. Asingkan warna gelap dan warna lembut. Mudah nanti kerja ibu.

Biasanya saya akan mulakan tugas ini sedari hari Jumaat lagi. Basuh dahulu kain-kain / seluar-seluar sekolah dan kemeja T sukan sekolah (anak saya pasukan merah dan kuning).
Terpulang sama ada mahu mencuci tangan atau menggunakan mesin basuh. Jika menggunakan tangan, rendam dahulu. Jika menggunakan mesin basuh, lihat kadar kekotorannya. Jika sangat kotor, amalkan untuk menekan butang SOAK (rendam), EXTRA WASH dan EXTRA RINSE. Untuk menjaga kualiti pakaian ini (untuk mengelakkan berbulu atau terlalu renyuk), tekan juga butang GENTLE SPIN.
Kira selesai sudah langkah 1.

TIPS 2
Untuk pakaian berwarna putih, ada beberapa langkah yang dicadangkan untuk dipilih sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh atau cucian tangan iaitu:

2.1 Tabur bedak pada kesan kotoran berminyak (alahai anak-anak saya semacam menjadi satu kewajipan, pasti ada kesan ini pada baju atau tudung mereka....kocek baju sekolah apatah lagi...jika tidak dibuatkan kocek pada baju kurung itu kasihan pula)

2.2 Jika tidak mahu taburkan bedak seperti di atas, boleh sapukan sabun mandi. Sabun mandi ini bukan sahaja boleh digunakan kotoran berminyak malahan juga sesuai diletakkan pada kotoran yang lain contohnya kesan hitam pada bahagian bawah lengan baju atau kesan-kesan gris pada pakaian.

2.3 Jika tidak sempat juga untuk melakukan langkah 2.1 dan 2.2, sebagai alternatif boleh sapukan secair pencuci pakaian pada kesan kotoran itu. (Kita bermainlah sedikitlah dengan sabun ini ya tetapi hati-hati sabun ini mempunyai pH alkali. Tidak semua kulit dapat bertahan dengan pH alkali yang tinggi...kita perlu pilih sabun yang sesuai dengan kulit kita ya).

2.4 Satu lagi tips yang saya pernah dapat ialah jika ada kesan karat pada pakaian, boleh mencuba untuk letakkan perahan air limau kasturi/nipis. Wallahualam...Tips 2.4 ini saya tidak pernah buat lagi kerana jarang terkena.

Biasanya selepas tips di atas dipilih untuk digunakan pada pakaian barulah saya akan mencucinya. Sekiranya saya memilih cucian mesin, saya akan amalkan untuk menekan butang SOAK (rendam), EXTRA WASH dan EXTRA RINSE. Untuk menjaga kualiti pakaian ini (untuk mengelakkan berbulu atau terlalu renyuk), tekan juga butang GENTLE SPIN.

Setelah pakaian ini selesai diperah secara lembut oleh mesin basuh, saya akan melakukan langkah seterusnya iaitu nila baju. (Saya suka melihat pakaian putih yang dinila...cantik sekali warnanya).

Teringat ketika di zaman tinggal di asrama dahulu, biasanya jika ada yang telah membuat air nila, kita akan berkongsi dengan kawan-kawan yang lain pula...
Untuk saya pula, saya lebih gemar menggunakan nila cecair berbanding nila serbuk. Lebih mudah.

Sebelum saya berhenti, saya ingin berkongsi satu tips lagi iaitu:

TIPS 3
Jika mahu menila pakaian, saya syorkan untuk tidak menggunakan cecair pelembut pakaian. Berdasarkan pengalaman saya jika cecair ini digunakan bilasan terakhir pakaian putih, nila yang terhasil pada pakaian kurang cantik.

Sekian dahulu.


Rabu, 29 Jun 2011

TIPS MENGELAKKAN TEKANAN DIRI bahagian 1

Sudah lama saya tidak mencatat nukilan hati saya di sini.
Saya juga tidak bercadang untuk menulis panjang.
Ingin saya kongsikan sedikit tips mengelakkan tekanan diri:
  1. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Percayalah kata-kata saya. Kerja pejabat atau kerja rumah tidak mungkin akan berakhir. Kuantitinya mungkin berkurangan namun ia tidak mungkin menjadi kosong. Tidak percaya? Jika kita membasuh pakaian setiap hari sekalipun, pasti pakaian kotor akan ada lagi. Sekiranya surat-surat telah dihantar pasti ada lagi surat baru yang perlu dikarang.
  2. Buat sesuatu perkara yang seronok dan betul untuk diri sendiri yang tidak perlu dinilai atau diberi markah. Contohnya mempunyai hobi. Katakanlah hobi kita ialah menjahit. Jahitlah sesuatu dengan perlahan dan menyeronokkan. Perasaan seronok mesti ada.
  3. Buat belanjawan dengan baik. Jangan membeli dengan mengukur baju di badan orang lain. Lain orang lain keperluannya. Mungkin barang kemas berharga berpuluh-puluh ribu bukan keperluan kita meskipun ia mungkin perlu bagi orang lain.
  4. Buat simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa simpan dahulu sedikit duit sebelum membelanjakan pendapatan kita. Biar sedikit tetapi berterusan. Sedikit sedikit lama-lama akan jadi bukit. Ingat jika sebulan boleh simpan RM500...setahun sudah RM6000. Jika sebulan simpan RM100...setahun sudah ada RM1200. Jika masih ada wang baki gaji bulan lepas...fikirkan yang terbaik sama ada ia boleh ditambahkan ke dalam tabung simpanan .kita atau boleh dimasukkan ke dalam simpanan untuk melakukan perkara lain contohnya hobi atau melancong. jangan usik simpanan utama.

Jumaat, 17 Jun 2011

Sedapnya Tropicana Twister

Hari ini saya bercuti untuk mengambil penyata kemajuan puteri-puteri.
Tiba-tiba tercetus keinginan di hati saya untuk bercerita mengenai Tropicana Twister...
Saya mula mengenali jenama minuman yang sungguh lazat..(memang betul lazat sangat..) apabila perisa oren dikeluarkan....
Selepas itu kami cuba pula untuk membeli twister perisa epal....(wah! sedap juga)
dan akhirnya perisa terbaru ialah blackberry....ops blueberry ops blackcurrant ya
Namun dalam 3 perisa ini, perisa yang paling saya gemari ialah perisa oren. Alahai! sedap sangat. (ketika saya bercerita mengenai minuman ini memang saya dapat rasakan getaran dalam jiwa saya...heheheh)
Bagi yang suka minum Tropicana twister atau suka mencuba untuk memasuki pertandingan...
Saya mahu kongsikan berita baik ini.
Sekarang ada TROPICANA TWISTER 'LIVE LOVE LIFE' SEASON 3 CONTEST...macam gambar selingan di bawah. JOmlah pakat-pakat masuk.





Syarat-syarat pertandingan boleh diperolehi di laman web ini http://econtest-malaysia.blogspot.com/2011/05/tropicana-twister-live-love-life-season.html

Hadiahnya pula sungguh lumayan...tak rugi mencuba kan!

Jika hendak mudah....cetak sahaja borang di laman web ini...
http://www.permanis.com.my/Tropicana_Twister_Contest_Form.pdf

Di borang tersebut ada dinyatakan syarat-syarat penyertaan sahaja...
Memang senang sangat untuk menyertai pertandingan ini...
Tak percaya? Emm... apa lagi...jom cetak borang dulu dan kita sertai peraduan ini....



Sebelum saya berhenti....suka saya nak berpesan...jangan buang botol-botol twister itu begitu sahaja ya.
Kumpulkan dan hantarkanlah pada pusat kitar semula berhampiran rumah...
Mudah saja kan!
Mari kita sama-sama menjaga bumi kita

Ahad, 12 Jun 2011

Gaun Puteri Bahagian 2

Cuba lihat gambar-gambar di bawah
Percayalah kata-kata saya...sungguh susah untuk ambil gambar puteri ketiga...
Melompat-lompat dan berpusing-pusing mengikut kata hatinya...
Layan sajalah ya :)

Kain kapas dua warna berlainan didapati di Nagoya. Kain ini pilihan puteri dua dan tiga.
Riben dan butang senyuman dibeli di Yee Button.
















Gaun puteri bahagian 1

Saya memang sudah lama merancang untuk menjahit gaun anak-anak.
Kurang mahir...alasan 1
Kurang masa....alasan 2
akhirnya inilah gaun pertama yang berhasil...
banyak kelemahan yang perlu diperbaiki...

Kain kapas berbunga dibeli di Nagoya
Kain kosong coklat pinggang dibeli di kedai kain di Mydin terbesar di Malaysia.




Sabtu, 4 Jun 2011

ALMIRA, AZYAN DAN AWADAH DATANG LAGI! di dalam RIANG RIA ALMIRA

Tatkala Puan Nine menelefon dan menyatakan berita baik ini....hati saya sangat teruja sekali. Rasa mahu melompat ke langit dan menjerit ke seantero alam berkongsi kisah gembira ini.
Memang buku ini koleksi ketiga kisah si cilik bertiga Almira, Azyan dan Awadah namun keterujaannya masih sama. Wajah saya bersinar-sinar penuh keriangan......

Alhamdulillah tak lama lagi buku ini akan menerjah pasaran. Cantik kan sampul buku RIANG RIA ALMIRA!



Terima kasih Puan Nine dan sidang editor Buku Prima. Terima kasih Grup Buku Karangkraf atas peluang yang diberikan. Peluang melihat buku diterbitkan adalah seperti melihat zakiah kecil dulu muncul kembali (hehehehe kerana inilah impian sewaktu kecil dahulu...menulis buku dan melarikkan idea saya di kertas)

Pengumuman
Pengumuman
Terima kasih kerana sudi membeli buku ini.
Saya sangat terharu
(heheheh sebenarnya nak ikut lagu yang ada perkataan pengumuman tu heheheh)

Buat suami dan puteri2 saya....terima kasih kerana memberikan ruang untuk mama menulis....
Buat abah dan emak...terima kasih kerana dahulu membelikan saya komik dan buku cerita yang menyebabkan saya turut mahu berkarya...
Buat adik beradik dan saudara mara....terima kasih atas sokongan dan idea yang disumbankan...
Buat kawan-kawan....sokongann kalian amat saya hargai....

Rabu, 20 April 2011

kupon diskaun pembelian buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf

http://www.alaf21.com.my/berita/?b=201104137683118468
Pesta buku akan menjelma beberapa hari lagi...
Congakan duit telah berdikit-dikit dilakukan...
Yalah kalau tak dianggarkan pembelian...susah juga akaun bulan April ni hendak ditutup hehehe...
Apapun mari saya turunkan beberapa tips penjimatan:
  • Jangan lupa cetak cetak kupon diskaun di atas bagi pembelian buku di Grup Buku Karangkraf...Memang banyak sangat buku 'meletop' yang akan julung-julung kalinya dipasarkan.
  • Pilih buku-buku yang dijual secara satu set dimana harga tawaran sungguh lumayan berbanding jika dibeli satu persatu...Waktu inilah kita dapat beli buku dengan harga murah untuk diri sendiri, keluarga dan buat hadiah kepada pengantin baru, pengantin lama (hehehe), anak-anak dll
Sampai di sini dulu, jangan lupa bawa kupon diskaun ini ya. War-warkan juga pada kawan-kawan yang lain.

Jumpa di pesta buku nanti.

Isnin, 21 Mac 2011

Mengapa saya tidak mahu menjadi seorang Superwoman??????

Part 1
Di usia kanak-kanak, saya gemar sungguh membaca kisah-kisah penyiasatan Enid Blyton... Dalam masa sehari, selepas pulang dari sekolah agama; laju benar saya membaca buku-buku tersebut.
Bukan setakat membaca, hidup saya penuh fantasi untuk menjadi penyiasat kanak-kanak juga. Nampak comel sangat-sangat.
Dahlah comel, bijak pula... Fantasi-fantasi...fantasi yag tidak mampu saya terjemahkan ke alam realiti.

Part 2
Di usia remaja yang lepas (sebab sekarang sudah tidak remaja), saya sememangnya suka membaca novel dan pelbagai cerita-cerita pendek atau ringkasnya cerpen.
Sekarang pun suka juga cumanya tidak dapat nak habiskan cepat, macam dahulu. Agaknya (bukan agaknya lagi...memang betul...ia salah satu faktor yang menyumbang) sebab itulah saya rabun. Rabun yang tidak dapat diperbetulkan dengan kaedah pembedahan laser kerana kata pakar, retina mata saya nipis tidak sesuai dengan kadar kerabunan saya yang tinggi... (Alhamdulillah saya masih mampu melihat keindahan alam).
Saya sering berangan-angan untuk menikmati alam pekerjaan yang pada saya sungguh menggembirakan...Yalah dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri.

Part 3
Emmm.........
Apa realitinya ya?
Bekerja sememangnya menyeronokkan...
Ia umpama kesinambungan zaman belajar yang tiada hentinya...
Sesungguhnya hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang tiada hentinya...
Semakin hari semakin banyak perkara baru yang saya pelajari...
Cumanya dengan kehidupan yang meletihkan...
Keluar selepas Subuh dan pulang hampir menginjak ke Maghrib...
Perjalanan pergi dan pulang yang lama...begitu menyusutkan tenaga saya...
Untuk bergembira dengan anak-anak di rumah...
Tulang belulang (heheheh sebenarnya tubuh badan ) terasa sungguh tua...
Benar saya sudah dewasa namun saya tidak mahu tua sebelum usianya...
Saya mahu ceria dan gembira selalu...
Untuk bersama mereka yang saya cintai...
Saya juga mahu belajar lagi tetapi buat masa sekarang...saya seolah tidak berdaya lagi...
Mungkin kerana saya kurang mengambil kalsium dan corak pemakanan yang tidak seimbang...
Mungkin juga kerana saya kurang bersenam (bukan kurang tetapi memang jarang)

Sekiranya saya seorang SUPERWOMAN...
Adakah ia sangat mengujakan? (tertanya-tanya)
Adakah ia seperti kali pertama abah menghadiahkan basikal untuk saya?
Atau perasaan itu indah seperti ketika saya menatap wajah2 mungil anak-anak saya...
Mungkin juga benar seronok menjadi seorang SUPERWOMAN...
Tetapi saya lihat sukar juga menjadi seorang yang mempunyai kuasa aneh seperti filem SPIDERMAN...
Hero aneh yang hidup di alam realiti di filem cereka...
Agaknya memang seronok jika saya menjadi seorang SUPERWOMAN...
Saya akan terbang ke pejabat dengan pantas
Tanpa menghadapi kesesakan jalan raya yang begitu menghibakan kadangkalanya
Tetapi saya tidak mahu berpakaian seperti SUPERMAN kerana saya segan melihat pakaiannya

Agaknya seronok menjadi SUPERWOMAN
Saya boleh meniup habuk dan sampah sarap di dalam rumah ke dalam tong sampah
Atau meniup aliran air supaya pinggan mangkuk menjadi bersih

Tetapi sebenarnya saya takut menjadi SUPERWOMAN kerana saya takut untuk terbang seperti SUPERMAN kerana saya sebenarnya seorang yang gayat......
Zoom...terbang menyusuri langit biru nan indah ciptaan ILAHI

Rabu, 12 Januari 2011

KARNIVAL KARANGKRAF 2011 28,29,30 JANUARI 2011

Untuk semua pencinta-pencinta buku
Inilah masanya untuk memiliki buku-buku dan majalah-majalah atau suratkhabar terbitan Grup Buku Karangkraf dengan harga-harga istimewa
Jangan lepas peluang ya
Sedutan di bawah saya petik dari laman web Buku Prima

OBSES PADA BUKU? Dapatkan buku dan novel dengan harga runtuh di Gerai Jualan Grup Buku Karangkraf dengan diskaun 30- 50%... Hanya di KARNIVAL KARANGKRAF!



Nantikan Karnival Karangkraf (sebelum ini dikenali dengan nama Mini Karnival Karangkraf) yang akan berlangsung tidak lama lagi di premis Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd di Seksyen 15, Shah Alam. Dengar cerita banyak aktiviti-aktiviti menarik dan hadiah-hadiah lumayan yang menanti para pengunjung pada karnival itu nanti. Bila? Pada 28-30 hb Januari 2011. Jumpa anda di sana!!!



*****Insya ALLAH sekiranya kesihatan saya mengizinkan, saya akan berada di sana pada 29 Januari 2011....
Jom membeli dengan lebih jimat!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...