Jom Ikut Blog Saya

Ahad, 29 Januari 2012

Baju Syawal Mawaddah yang lepas 2

Hari ini saya nak berkongsi gambar raya yang baru sempat diedit. Lama kan!
Jom layan sama-sama. Mawaddah memang suka baju gaun ni kerana dia boleh berpusing-pusing seperti tuan puteri. bagi mawaddah, tuan puteri ada gaun kembang yang boleh berpusing-pusing.
Mawaddah juga pernah mencadangkan kepada saya untuk membesarkan pintu biliknya. Saya hairan! Lantas saya tanyakan puteri ketiga saya itu mengapa pintu bilik perlu diperbesarkan.
Nak tahu apa jawapannya? Comel sungguh.
Dia kata dia mahu gaun lebih kembang sehingga pintu bilik sedia ada tidak boleh dilalui maka ia perlu dibuat lebih besar supaya dia dan gaunnya boleh lalu. :)

Selasa, 10 Januari 2012

Baju Syawal Mawaddah yang lepas

Ini salah satu gaun Mawaddah yang saya siapkan untuk Syawal yang lepas.
Maaf ya, dah berkulat gambar ni saya simpan

Sabtu, 7 Januari 2012

My first handmade cloth diaper

Sudah lama saya bercita-cita untuk membuat cloth diaper sendiri.
Namun kesihatan tidak mengizinkan
Mungkin saya akan akan memberikan lebih masa untuk diri saya sehingga saya menggunakan mesin jahit kesayangan saya
Oleh itu cloth diaper pertama saya, saya jahit sepenuhnya menggunakan jahitan tangan...
Jahit di waktu senggang sahaja sebab itu lama benar masa yang diambil untuk menyiapkannya.
Sebenarnya sudah tak sabar.
Apapun jom kita layan


Rabu, 4 Januari 2012

Pantun 2 rangkap

Pagi-pagi ke Tasik Belum
Sudah baca MCK atau belum?

Dunia Almira dan Impian Almira
Yang sudah baca pasti gembira

Jangan lupa makan kuih koya
Jangan lupa hantar kuiz ya

Kuih lepat, kuih keria
Baca Merah Cinta Kita, kita ceria

Jumaat, 23 Disember 2011

Sudah hantar atau belum?

A: Seronok kan kalau dapat Samsung Galaxy Tab percuma!
B: Mana ada benda percuma di dunia ni.

A: Ada

B: Awak jangan main-main!

A: Tak percaya lah

B: Cuba tengok iklan ni

A: Macammana nak dapat borang peraduan ni?
B: Senang saja. beli 1 set buku merah cinta kita. baca ceritanya dan jawab soalan. Tampalkan setem buku dan hantarkan jawapan segera!
A: senangnya
B: Memanglah kan saya dah beritahu tadi. takkan saya nak main-main
A: Yalah-yalah
B tersenyum lebar.
A: Awak mesti dah hantar kan!
B: Eh......(terkedu)
A: belumlah tu
B: heheheheh

Jumaat, 28 Oktober 2011

MERAH CINTA KITA 1


JOM BACA! JANGAN LUPA ADA HADIAH MENARIK MENANTI!

Penulis:
Harleem Dayam
Nurul Syahida
Hanisah Othman
Aleya Aneesa
Zakiah Abd Ghafar


Sinopsis:

- Ella Gadis Pencegah Maksiat
“Bagus tempat ni. Terselindung. Elok kalau nak mengintip!”

- Oh, Choi Minho!
Yaya membuka tingkap biliknya. Dengan kasutnya dikepit di celah ketiak, Yaya memanjat tingkap itu untuk keluar.

- Selamat Tinggal FB
“Mimi jumpa cikgu di Port Dickson? Bercinta dengan cikgu kacak tu?”

- Bungkusan Itu Sebenarnya...
“Bawa dadah ke sekolah? Huh, ini tak boleh jadi!”

- Aku Bukan Pikachu
“Dalam rumah ada tikus, Tikus suka pakai gincu, Dalam banyak tikus, Tikus yang mana bernama Pikachu?”

Selasa, 18 Oktober 2011

MERAH CINTA KITA

Lama sungguh saya tidak bercerita panjang...

Kali ini saya ingin bercerita mengenai buah tangan siri remaja yang diterbitkan Grup Buku Karangkraf...Siri yang sungguh menarik iaitu merah cinta kita.

Apa yang boleh saya katakan ialah (pinjam ayat Puan Siti Zarinah) : Ia adalah kecoh, cathcy, paparan kehidupan remaja masa kini! Tetap berpegang kepada tatasusila adab ketimuran. Tiada unsur jenayah atau keganasan, tetapi pembaca tetap enjoy!
Setiap buku ada 5 cerita pendek, ditulis oleh 5 penulis. Kisah berkisar kehidupan remaja. Ada unsur kekeluargaan, kasih sayang, konflik di sekolah, konflik bersama rakan sebaya.
Buku dicetak berwarna-warni, dihiasi ilustrasi anime & manga style!

Dalam siri, hasil tulisan saya ada termuat dalam MERAH CINTA KITA (MCK) 1 dan 4 iaitu AKU BUKAN PIKACHU dan GADIS CONTACT LENSE....

Jom dapatkan!

Jujur saya katakan, sepanjang saya menulis....saya terbawa ke zaman remaja dahulu. Syok kan jadi remaja!
JANGAN TANGGUH LAGI! CEPAT! ANDA PASTI TIDAK AKAN MENYESAL MEMILIKNYA

Jumaat, 30 September 2011

BEG TOING-TOING UNTUK ZAIRA

Buku latihan kimia Zaira hilang lagi. Pelik Bin Ajaib sungguh. Apalah yang ada dengan buku kimia itu? Bukan sekali dua tetapi ini sudah masuk tiga kali. Hati Zaira bertambah gawat dan semenjak itu hidup Zaira tunggang terbalik. Ada-ada sahaja yang berlaku hingga nyawanya menjadi pertaruhan. Yang paling memeningkan bila dikatakan beg toing-toing Tantiana itulah yang menyimpan seribu macam rahsia. Pening, kan? Apalah yang ada pada beg toing-toing itu?

http://zakiahags.blogspot.com/2011/09/beg-toing-toing-untuk-zaira.html

JOM BACA DAN MENANG....HADIAH MENARIK MENANTI ANDA...TUNGGU ....BAHAGIAN 1

Selasa, 27 September 2011

Beg Toing Toing Untuk Zaira


Teruja….Saspens….Gembira….Ingin melompat….Rasa mahu terbang tinggi dari lantai bumi…
Itulah perasaan yang boleh saya gambarkan sekarang…
Mahu tahu mengapa? Jom lihat gambar di atas…Cantik kan? Bukan saya yang lukis atau pereka grafiknya. Sebab itu saya boleh mahu puji sungguh-sungguh…Ceria sungguh gambar kulit buku keempat saya yang akan menjengah pasaran tidak lama lagi…Warna-warni seperti warna pelangi.
Pada saya, sebagai penulis saya telah mencuba yang terbaik tetapi saya tahu sebagai seorang insan biasa…banyak ruang lagi yang boleh saya perbaiki. Saya tidak akan berhenti untuk memperbaiki hasil tulisan saya.
Pada saya, seringkas mana pun tulisan saya, saya sedaya-upaya akan melakukan rujukan yang terbaik.
Meskipun hanya nama saya dan pastinya nama penerbit yang tertera di kulit buku tetapi buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan suami dan puteri-puteri saya serta editor saya yang sungguh penyabar iaitu Puan Nine dan illustrator serta pereka grafik yang menghasilkan kulit buku dan ilustrasi di dalam buku ini.
Doa saya moga pembeli dan pembaca buku ini akan gembira dengan karya ini.
Seperti kata-kata di kulit buku ‘SYOKNYA JADI REMAJA’…saya 100% setuju. Percayalah setiap kitaran hidup kita ada keseronokan dan dugaan di situ. Hargailah ia dengan baik.
Jaga diri semua….

Isnin, 26 September 2011

AMARAN: Bahaya Produk Pelangsingan



Jika anda terfikir untuk menurunkan berat badan
dengan mengambil produk pelangsingan?
Fikir dan baca dulu maklumat ini...

Dalam sesetengah keadaan, diet mengurangkan
pengambilan kalori dan melakukan senaman cukup
untuk menurunkan berat badan berlebihan.

Tetapi untuk mereka yang mempunyai BMI kategori
Obese, produk pelangsingan atau ubat preskripsi
untuk menurunkan berat badan mungkin dapat
membantu, terutamanya kepada mereka yang
obese dan mempunyai masalah kesihatan
seperti Kencing Manis dan Darah Tinggi.

Ubat Preskripsi Menurunkan Berat Badan bertindak
dengan dua cara : Mengurangkan Selera Makan, dan
Menghalang Penyerapan Lemak. Ubat ini mungkin
memberi jalan pintas kepada mereka yang ingin
menurunkan berat badan dengan cepat, TETAPI
ubat ini juga datang bersama dengan Kesan Buruk
seperti:

KETAGIHAN : Ubat Pelangsingan adalah ubat terkawal
yang mesti diberikan oleh pengamal perubatan.
Penyalahgunaan atau pengambilan tanpa kawalan
boleh menyebabkan ketagihan.

TOLERANCE / HILANG KEBERKESANAN:
Ubat ini mula hilang keberkesanannya selepas 6
bulan digunakan. Ini boleh disebabkan oleh badan
telah toleran kepada ubat tersebut ataupun ubat
tersebut telah mencapai kesan maksimanya.

KEKURANGAN ZAT: Lemak juga diperlukan
oleh badan untuk membawa vitamin A,D,E
dan K yang diperlukan oleh badan kita. Badan kita
akan kekurangan vitamin ini apabila kita
mengamalkan, dan biasanya doktor
berikan suplemen tambahan apabila anda
mengambil ubat pelangsingan.

KESAN SAMPINGAN :
Kebanyakan kesan sampingan daripada
ubat pelangsingan mungkin ringan seperti
berpeluh, masalah pencernaan, insomnia,
mengantuk, sakit kepala, mulut kering,
berdebar-debar TETAPI ada juga yang
boleh menyebabkan Gangguan Psikologi
seperti tekanan perasaan dan timbul rasa
ingin membunuh diri!

Ubat Pelangsingan mungkin berguna, tetapi
ia bukanlah jalan mudah untuk Masalah Obesiti.
Selain daripada Ubat Pelangsingan Perskripsi Doktor,
terdapat produk pelangsingan yang di dakwa
herba dan menggunakan bahan semulajadi TETAPI
hakikat sebenarnya ia dicampur dengan racun
yang diharamkan atau bahan terkawal yang
digunakan dalam Ubat Perskripsi.

Jika anda ingin Mengetahui Berat Badan yang IDEAL
bagi tubuh anda atau ingin mengurangkan Berat Badan
dengan cara yang MUDAH, JIMAT dan SELAMAT,
Anda boleh dapatkan Panduan Percuma di:




http://www.tipspercuma.com/obesiti


"Amalkan Cara Hidup Sihat"

Dipetik daripada: INFO SIHAT


p/s: gambar yang saya masukkan di atas artikel ini adalah gambar kapal lanun yang saya ambil ambil di Mid Valley Mega Mall tahun ini....Cuba kira bilangan jumjumaton (tengkorak) dalam gambar tersebut....

Khamis, 11 Ogos 2011

Sedikit info petikan daripada ceramah Prof Dr. Harlina Halizah Hj Siraj

Terima kasih atas penganjur ceramah dan Dr. Harlina (lebih mesra dengan panggilan Dr. Har)...Ceramah beliau yang bertajuk 'Parenting' Adolescent' sangat terkesan di hati saya. Subhanallah...

Masih ada masa untuk kita berubah....

Marilah kita mencuba untuk berada dalam situasi anak-anak kita untuk menjadi kawan baik mereka (iaitu di peringkat ketiga usia iaitu: 13-20 tahun).....Manjakan mereka pada peringkat pertama usia iaitu (1-6 tahun)... Disiplinkan mereka pada peringkat kedua iaitu (umur 7-13 tahun) dan layanilah mereka sebagai dewasa di peringkat usia (melebihi 21 tahun).....Usaha ini perlu dimulakan daripada peringkat pertama lagi...(Tak boleh lompat-lompat ya)....

* Kaedah di atas adalah mengikut pandangan Saiyidina Ali.

* Blog Prof Dr Harlina ialah http://drhar.blogspot.com/

Ahad, 7 Ogos 2011

Ubahsuai skirt jeans

Ini gambar skirt jean lama puteri satu...Saya berhasrat nak ubahsuai untuk dijadikan skirt jean stail lain untuk puteri 3....


Ini dia gambar selepas pengubahsuaian skirt jean tersebut....Saya sengaja jahitkan gambar barbie pada skirt puteri
Ini pula gambar besar...Jom tinjau...Jika ada yang berkenan untuk gunakan stail ini. Dipersilakan ya. Cuma kalau letakkan di blog....bolehlah letakkan link saya sekali ya. Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...