Kepada yang sudi membaca blog saya yang serba sederhana ini (saya tundukkan sedikit kepala saya seperti gaya orang Jepun dan Korea), saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih dan Selamat Hari Raya. Syawal masih berbaki lagi dan saya percaya kegembiraan Syawal masih tebal dalam diri kita.
Disini saya ingin bercerita mengenai kemunculan 'baby' IA.
'Baby' IA telah selamat lahir pada 4 Jun 2012. Alhamdulillah.
Jika ikut tarikh kiraan 40 minggu, 'baby' IA telah lahir awal sehari daripada tarikh tersebut. Subhanallah tembam betul 'baby' IA ketika lahir.
Geram sungguh!
Rasa nak picit-picit sahaja pipi 'baby' IA yang gebu itu.
Cuba tengok mata 'baby' IA yang terlindung dek kegebuan pipinya itu.
Comel sungguh ciptaan ALLAH.
Jom kita saksikann kegebuan 'baby' IA ketika lahir dengan sudut dekat.
Subhanallah.
'Baby' IA adalah anak keempat saya dan kini 'baby' IA telah pun berusia 3 bulan. Ketembaman 'baby' IA juga telah berkurangan. Mungkin kerana:
1) 'Baby' IA lasak orangnya
2) 'Baby' IA asyik kena cium sahaja oleh kakak-kakaknya yang tidak sabar-sabar mahu menggendongnya dan bermain denganya.
Alhamdulillah Ya ALLAH atas kurniaanMU.
'Baby' IA lahir setelah saya keguguran dua kali sebelum ini.
Saya juga tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada awal kandungan kerana keguguran saya sebelum ini berlaku ketika janin berusia 12 minggu. Saya bertawakal kepada ALLAH.
Jika mahu dikenang-kenang, kerisauan saya terhadap kandungan kali ini sangat tinggi dan ia hilang tatkala melihat 'baby' IA yang lahir dengan sihat.
ALhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana ENGKAU izinkan kami sekeluarga untuk memiliki zuriat lagi.