Jom Ikut Blog Saya

Jumaat, 10 Februari 2012

Sesak

Hari ini saya mahu bercakap mengenai sesak. Tetapi bukan daripada sudut kewangan.
Alkisahnya, tahun ini bermula rutin saya pergi ke tempat kerja yang jauhnya dari rumah yang 'hanyalah' 50 km sahaja tanpa anak-anak kerana mula Januari lepas, semua anak telah masuk sekolah dan ditempatkan di taska berhampiran rumah.
Biasanya kalau ada suami, perjalanan tidak terasa bosan meskipun jaraknya sama dan yang paling penting, durasi untuk ke pejabat juga rasanya lebih pendek kerana suami hebat memandu.
Masalah yang ketara ialah apabila sang suami bekerja di luar daerah, saya terkontang-kanting seorang diri (alamak sedihnya ayat saya!).
Meskipun saya keluar awal dari rumah (jika dibandingkan jika suami yang memandu), saya hanya berjaya sampai 7:58 pagi (masa yang sungguh nazak untuk punch card saya berwarna hitam) dan hari ini saya sungguh geram kerana saya terbabas ke 8:02 pagi.
Fuh!!!
Kenapa ya?
Saya ambil masa 1 jam setengah (kadang-kadang awal sedikit untuk sampai ke pejabat) sedangkan jika suami yang memandu saya boleh sampai dalam 40minit-45 minit jika tiada kemalangan atau kenderaan rosak. Nak cepat lagi memang tidak boleh, jalan sungguh sesak. Masuk lebuhraya sana keluar lebuhraya sini masuk lagi lebuhraya, memang sesak memanjang.
Kesimpulannya!
(a) jika saya memandu sendiri, saya mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai
(b) jalan sesak, fikiran saya juga jadi sesak
(c) sambil memandu, saya asyik berfikir bagaimana untuk kurangkan kesesakan di Tol Damansara? dan minda saya akan melukis pelbagai fly over baru untuk melepasi kesesakan dan sampai ke pejabat dalam masa yang singkat. Penat minda saya dibuatnya
Oh! alahai sesak...sesak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...