Jom Ikut Blog Saya

Jumaat, 9 Mac 2012

Dilema seorang ibu bekerja

Alkisahnya perkara ini sudah lama bermain-main di minda saya. Malahan ia telah membuatkan hati saya kerap menangis. Hanya kepada ALLAH s.w.t tempat saya panjatkan semua kerumitan yang melanda jiwa saya.
Saya punya 3 puteri dan saya sungguh gembira dan bersyukur dikurniakan ramai anak perempuan. Merekalah yang memeriahkan dunia saya dengan keceriaan, kenakalan dan keriuhan.
Kerisauan saya terhadap mereka semakin hari semakin bertambah. Pelbagai berita tercatat di dada akhbar, berkumandang di corong radio dan media elektronik. Kalau boleh saya mahu berada bersama puteri-puteri saya sehingga punya suami nanti.
Saya semakin jijik dengan perilaku manusia yang bernafsu haiwan sehingga ramai kanak-kanak, remaja dan wanita menjadi mangsa. Dunia ini semakin tidak selamat untuk kita. Dalam usaha kita semakin menghijaukan bumi, lain pula yang berlaku. Saya tahu banyak faktornya tetapi tolonglah wahai para lelaki.

Anda dilahirkan oleh seorang wanita.
Isteri anda adalah seorang wanita.
Anak anda adalah seorang wanita.
Kakak anda adalah seorang wanita.
Adik adalah seorang wanita.

Hormatilah wanita. lindungilah maruahnya.
Kembalilah menilai diri, manusia punya akal untuk berfikir, punya iman sebagai pendinding diri.
Itulah yang membezakan kita dengan haiwan.

Wallahualam!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...