Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 15 Disember 2010

KOC UNTUK WANITA UNTUK PENUMPANG KOMUTER

Beberapa hari lepas saya telah berpeluang menggunakan komuter.
Betapa berbunga-bunga hati saya menaiki gerabak yang dikhusukan untuk wanita.
Syabas pihak KTM atas usaha yang sungguh membanggakan ini.
Rata-rata saya lihat wanita di gerabak tersebut lebih tenang dan nampak tidak bersesak. Lebih banyak senyuman yang diukirkan di antara satu sama salain meskipun masing-masing tidak mengenali di antara satu sama lain.
Namun aneh kerana di satu hentian ada beberapa insan yang tidak sejantina dengan wanita seperti tidak mahu membaca arahan yang diberikan. Alahai!!!
Janganlah buat macam ini. Tidak mungkin tidak tahu kerana papan tanda itu sudah cukup besar dan berwarna merah jambu. Warna yang disinonimkan dengan wanita. Malahan apabila pegawai KTM yang memeriksa tiket mengarahkan mereka untuk berpindah ke gerabak yang lain, mereka seolah-olah memekakkan telinga mereka dan meneruskan pendirian mereka untuk tidak mematuhi arahan pihak KTM.
Janganlah buat macam itu....
Jika saya seorang 'superwoman', saya akan pindahkan mereka ke gerabak lain dengan sekali kerlipan mata sahaja..... Konon-konon ada kuasalah itu...Apapun itulah imaginasi seorang wanita biasa yang bukan superwoman...

Rabu, 8 Disember 2010

SI CILIK ALMIRA DAN ADIK-ADIKNYA KINI KEMBALI MENEMUI ADIK-ADIK PEMBACA SEMUA


Alhamdulillah buku kedua saya telah dicetak dan menemui adik-adik pembaca sekelian.
Terima kasih kepada warga Buku Prima Sdn. Bhd. serta Grup Buku Karangkraf amnya yang percaya kepada buku ini.
Ilustrasi dalam buku ini sangat menarik dan berwarna-warni sesuai dengan keceriaan dan pengalaman Almira, Azyan dan Awadah.
Tajuk buku ialah IMPIAN ALMIRA.
Memang ia sangat berpadananan dengan 5 cerita yang terkandung di dalam buku ini....
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, makcik, pakcik, adik-adik dan anak-anak yang telah membeli buku pertama saya sebelum ini iaitu DUNIA ALMIRA.
Saksikanlah dan nikmatilah pula buku kedua ini...
Intipatinya penuh tauladan dan bersesuaian dengan dunia anak-anak yang sering meneroka perkara baru setiap hari.
Jom baca IMPIAN ALMIRA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...