Jom Ikut Blog Saya

Khamis, 28 Oktober 2010

'Peasant Blouse' atau 'Peasant Maxi'?

Sudah lama saya teringin untuk menjahit 'peasant blouse' untuk diri sendiri...
Banyak blog yang telah mengutarakan tutorial untuk menjahit fesyen ini..
Memang nampak ringkas dan selesa...
Bila difikir-fikir di minda sebelum memotong kain.
Akhirnya saya buat keputusan untuk menjahit 'peasant maxi' berpotongan ala-ala jubah untuk diri sendiri...
Satunya saya menggunakan kain bercorak batik Indonesia...Yang lembut dan tidak jarang (berwarna gelap kan!)
Satu lagi kain lembut bertatahkan batu kecil bercorak lorekan dan bunga-bungaan.
saya sememangnya kurang mahir bercerita mengenai kain.
Tetapi saya memang suka benar dengan corak ini. Kainnya juga lembut..Saya beli kurang 4 meter di Jakel batu Pahat (mungkin 3 meter)...Hendak buat baju kurung memang tidak mencukupi.
'Peasant maxi' yang dijahit pertamanya ada kesilapan sedikit maka untuk yang kedua saya perbaiki kesilapan saya...
Inilah hasilnya...
Tada..



Jom jahit!!!

Tutorial untuk menjahit 'peasant blouse' boleh dilayari di:

1) http://indietutes.blogspot.com/2007/07/peasant-blouse.html

2)http://smockingwithnannie.blogspot.com/2010/07/tutorial-simple.html

3) www.thingsofcloth.com/documents/Adult-size_Peasant_Blouse_Tutorial.pdf

Saya ingi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nannie dan pemilik-pemilik tutorial ini yang sudi berkongsi tutorial ini.....Memang sangat membantu.
Selamat mencuba!!!!!!


Isnin, 25 Oktober 2010

Ratu jahit tepi saya telah keluar dari hospital

Alhamdulillah semalam mesin jahit tepi saya telah keluar dari tempat persembunyiannya...
Terima kasih kepada mekanik (betulkah perkataan saya ini?) yang telah membetulkannya..
Maka hari ini misi saya:
Jahit tepi semua pakaian yang telah siap sebelum ini...
kira terbaliklah...
Siapkan pakaian dulu baru jahit tepi...
Oklah itu...
Apa misi anda semua hari ini?
Ayuh kita laksanakan misi kita.....
Jom mula

Ahad, 24 Oktober 2010

KHEX - PLAY SET

Pada pesta konvo UKM yang lepas, puteri-puteri berminat dengan permainan di bawah.
Lama kami lepak di gerai tersebut untuk puteri-puteri mencuba dan mencuba dan mencuba lagi...
Memang seronok...dan akhirnya memang puteri-puteri membelinya...
Jeng jeng jeng inilah permainannya...

Memang mencabar minda dan membentuk kreativiti anak-anak...
Bukan sahaja anak-anak...
Saya dan suami turut bermain....heheheh
Hendak menjenguk boleh lawat di blog penjual iaitu http://clickforkidsstuff.blogspot.com/



Saya akan masukkan gambar-gambar yang dibuat oleh puteri-puteri saya menggunakan permainan itu...Klik DI SINI ya

Gambar ini saya pinjam dari blog yang menjual...terima kasih ya!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Riben comel dari craft chomey dan kedai di SU

Beberapa hari lepas, riben-riben comel yang saya beli dari craft chomey telah sampai...
Gambar ada di bawah.
Apapun marilah kita sama-sama kedai craft chomey...Memang menarik!!!!!
Jom jenguk!!
http://craftchomey.com/

Ini pula riben ( ada satu renda terselit) yang saya beli di kedai berhampiran rumah saya. saya memang suka riben kain sebab boleh digunakan dengan pelbagai cara sama ada di fabrik atau ketika kita membuat kraf...

Selasa, 19 Oktober 2010

TUTORIAL UBAHSUAI SELUAR PAPA KEPADA SELUAR ANAK / PAPA’S TROUSERS TO DAUGHTER’S SLACK TUTORIAL

Bulan ini, hati saya bagai digaru-garu untuk mencuba pengubahsuaian pakaian. Geramnya.!!! Saya selongkar almari pakaian saya, seperti biasa: saya memang sukar benar untuk melakukan pensisihan. Hendak sisih yang itu, terasa sayang. Hendak sisih ini sayang juga. Lantaran itu, apa lagi segeralah saya teringat almari sang suami. Heheheh (muka nakal)

Beberapa bulan lepas, suami saya membuat pensisihan ala-ala 5 S untuk almari pakaian beliau. Setelah ditenung-tenung, difikir-fikir dan dicuba-cuba. Rupa-rupanya (meskipun sememangnya sudah boleh diagak :)), banyak juga helaian seluar panjang dan kemeja yang sudah tidak boleh digunakan oleh beliau.

Di antara penyebabnya ialah:

  • 1) Terkoyak sedikit
  • 2) Sudah tidak muat untuk dipakai
  • 3) Sudah luntur

Seperti biasa, saya cuba-cuba untuk mengubahsuai helaian-helaian yang telah disisihkan. Agak selesa rupanya digunakan oleh puteri saya. Apa tidaknya material seluar tersebut memang sungguh selesa. Bolehlah pakai! Puteri pun seronok sebab mama jahitkan sendiri.

Mari kita berkongsi tutorial untuk menukar seluar papa kepada seluar anak. Jeng…jeng…jeng…

Langkah pertama

Terbalikkan dahulu seluar papa untuk memudahkan kita memotongnya.


Langkah kedua

Lipat seluar secara simetri dan pilih seluar puteri yang paling selesa dipakai untuk digunakan sebagai ukuran. Jangan lupa pastikan dimana koyakan yang ada pada seluar papa supaya ia tidak diambil sebagai sebahagian daripada seluar baru.


Langkah Ketiga

Lakukan langkah ini dengan berhati-hati. Potong mengikut ukuran seluar puteri dan jangan lupa basi ya untuk jahitan dan untuk dijahit getah pinggang. Senang kan!

Lipatan bawah dan salah satu bahagian tepi seluar papa juga diambil sebagai sebahagian seluar baru. Jimat masa! Tidak perlu dijahit di bahagian itu. Anak panah biru adalah basi untuk menjahit getah pinggang. Jangan lupa ukur besar getah tersebut.

Tada!!!

Potongan sudah siap.

Langkah Keempat

Jahitkan kedua-dua belah kaki seluar (ikut garisan kuning, jangan lupa rapikan lipatan kaki seluar).

Kemudian jahitkan mengikut garisan biru pula..

Saya belajar banyak sewaktu menjahit seluar ini kerana sememangnya saya tidak mahir menjahit seluar…heheh



Langkah Kelima

Lipatkan bahagian bergaris biru dan jahitkan untuk memasang getah pinggang. Untuk tutorial ini, boleh lihat tutorial saya sebelum ini DI SINI.


Inilah hasilnya.

Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...