Jom Ikut Blog Saya

Rabu, 8 Disember 2010

SI CILIK ALMIRA DAN ADIK-ADIKNYA KINI KEMBALI MENEMUI ADIK-ADIK PEMBACA SEMUA


Alhamdulillah buku kedua saya telah dicetak dan menemui adik-adik pembaca sekelian.
Terima kasih kepada warga Buku Prima Sdn. Bhd. serta Grup Buku Karangkraf amnya yang percaya kepada buku ini.
Ilustrasi dalam buku ini sangat menarik dan berwarna-warni sesuai dengan keceriaan dan pengalaman Almira, Azyan dan Awadah.
Tajuk buku ialah IMPIAN ALMIRA.
Memang ia sangat berpadananan dengan 5 cerita yang terkandung di dalam buku ini....
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, makcik, pakcik, adik-adik dan anak-anak yang telah membeli buku pertama saya sebelum ini iaitu DUNIA ALMIRA.
Saksikanlah dan nikmatilah pula buku kedua ini...
Intipatinya penuh tauladan dan bersesuaian dengan dunia anak-anak yang sering meneroka perkara baru setiap hari.
Jom baca IMPIAN ALMIRA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Zakiah! teruskan usaha utk menerbitkan buku seterusnya dan seterusnya..sekali tinta menari, tak mungkin sesenang itu utk ia berhenti...tahniah !

zakiah berkata...

Alhamdulillah...
Terima kasih atas dorongan dan sokongan yang diberikan.
Tanpa sokongan semua ibu bapa, makcik pakcik dan adik-adik semua serta Grup Buku Karangkraf, buku ini tidak akan dapat keluar di pasaran.
Alhamdulillah...

MyBotanG berkata...

wow!! congratulations Zakiah.. all the best in your future undertaking..

zakiah berkata...

terima kasih sue mybotang....
moga kita semua sentiasa sukses di dunia n akhirat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...