Jom Ikut Blog Saya

Selasa, 4 Ogos 2009

Penantian yang tidak ternoktah


Dalam hidup ini terlalu banyak yang saya nanti dan akan tetap saya nantikan. Pendek kata setiap hari, penantian itu tidak akan ternoktah; sekiranya yang lalu telah diperolehi.... ia akan tetap berulang dan berulang kerana saya pasti menanti sesuatu yang baru lagi....

Bolehkah saya simpulkan bahawa hidup ini adalah satu penantian?????

Bukankah kita juga sedang menanti untuk dipanggil pulang ke pangkuan YANG MEMILIKI...

Namun bukan dengan berdiam diri... atau mencari saat kepulangan itu....

Meskipun saya sedang sakit... saya juga tidak tahu sama ada kesakitan ini akan menyebabkan saya terus pulang ke pangkuan ILAHI...

Saya teringatkan cerita rakan sekelas yang juga sedang tekun melaksanakan mini projeknya seperti saya...

Kami sama2 memerapkan diri di dalam makmal namun bukan bukan di dalam makmal yang sama.

Beliau menelefon saya menceritakan perjalanannya ke universiti yang telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang mahasiswa yang tinggal di kawasan apartmen yang sama...(Kisah ini telah tersiar di banyak akhbar tanah air)

Saya berfikir sendiri...

Saya gayat... apabila berdiri di tempat yang tinggi... kedudukan jantung saya seakan tidak stabil...ia bagaikan terawang-awang dan menunggu masa untuk tercabut...argh!!!!

Saya mendoakan supaya semua orang yang mahu membunuh diri mempunyai sifat GAYAT supaya mereka tidak akan meneruskan niat mereka untuk terjun bangunan atau jemputan atau bukit atau gunung...

Lihatlah dunia yang amat luas ini...

Tibanya masalah atau kesedihan dalam hidup ini bukan menandakan berakhirnya riwayat hidup kita...

Ia menandakan suatu kematangan apabila kita dapat mengatasinya....

Kejayaannya adalah suatu kemanisan yang tidak ternilai rasanya...

Saya menulis daripada pengalaman sendiri...

Saya pernah gagal subjek yang saya ambil di universiti dahulu...saya mengulang subjek berkali-kali

Dan saya bersyukur dan amat bersyukur

Jika saya tidak bangkit semula selepas kegagalan itu, saya tidak dapat bayangkan keadaan saya...

Inilah suatu kemanisan dalam kehidupan....

Saya pernah gagal dalam percintaan dengan sang manusia dahulu...

Dan jika saya menutup pintu hati saya dan tidak menerima cinta yang dihulurkan oleh suami saya.....

Mungkin kehidupan saya tidak seistimewa sekarang...

Alhamdulillah

Syukur pada MU Ya ALLAH...

Saya tidak akan biarkan hidup saya tertewas dan kebangkitan saya terkubur

Saya yakin setiap manusia ada kesungguhan dan kekuatan...
Semoga kita semua kekal begitu


5 ulasan:

Durrah Fatiha berkata...

Salam Zakiah,
Ya, memang kita seharusnya sentiasa bersyukur dalam hidup ni. Terlalu banyak kurniaan Allah yg kita selalu take for granted, kan?..

Aku berkata...

sangat seronok membaca nukilan dari Zakiah. Sesungguhnya amat benar hidup ini adalah untuk dinikmati dan dihargai oleh diri sebelum mendapat panggilan Ilahi. Sangat tidak faham dengan mereka yang memilih untuk membunuh diri sebagai penyelesaian terhadap masalah dunia. Tidak terfikirkah apa yang menanti di sana? Hargailah nyawa dan sentiasalah kita berdoa moga dipanjangkan usia kita agar dapat kita menimba sebanyak mana amalan untuk dibuat bekalan di alam abadi.

MakNdak

zakiah berkata...

Kak Durrah
Terima kasih sudi menjenguk.
Sungguh kita perlu memperuntukkan masa.
Meskipun sebentar cuma
Terlalu banyak nikmat ALLAH s.w.t
Moga kita sesama sentiasa mensyukuri

zakiah berkata...

Kak Ros dearie
Kalau nak diikutkan terlalu ramai sangat manusia yang ambil jalan mudah untuk lari daripada masalah...
Sedangkan jika difikir-fikirkan masalah tak pernah berakhir...
Moga tiada lagi yang terfikir begini

Bie'z berkata...

ENtry yg menarik.Puas membaca sambil berfikir. Penantian yang tidak ternoktah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...