Jom Ikut Blog Saya

Isnin, 18 Mei 2009

I miss all my families

Jangan percaya pada tarikh. Foto ini diambil pada mac 2009 bersempena ketibaan musim bunga di Pendang
Gambar ini pula saya ambil daripada hasil kreativiti adik saya Fahri... (dua biji kereta itu ditambahnya) Pokok limau Bali yang bukan di Bali sebaliknya di Muar itu tidak pernah serik menghasilkan buahnya tanpa mengira musim...Saya memang suka buah ini bak kata anak saya (setiap kali beliau memakannya: kenapa ada macam2 pokok kat rumah atuk?)

Sudah hampir dua bulan, saya dan keluarga tidak pulang ke mana-mana kampung samada kampung saya atau kampung mertua.

Rasa bersalah pun ada...mereka semua adalah tanggungjawab saya dan suami

April dan Mei... saya terperangkap di dalam musim exam...Alhamdulillah sudah selesai

Selesai exam, baru tadi saya dan keluarga pulang dari membawa anak bercuti di Hotel Palace Of Golden Horses (rasa sedih melihat pengorbanan anak2 dan suami dalam mengizinkan saya bergelar seorang pelajar)......Alhamdulillah...Insya ALLAH saya akan masukkan gambar-gambar di sana.


Mulai Rabu hingga Jumaat ini, saya perlu menghadiri kursus...susah hati betul untuk berpisah dengan anak-anak dan suami untuk jangkamasa pendek ini

InsyaALLAH pada Jun ini, kami akan balik ke Kedah dan Johor... bertemu dengan kedua-dua ibu...

Emm...sebenarnya saya banyak keluarga angkat (anugerah ketika mengikuti OPKIM di musim belajar dulu)...

Saya sedang berusaha untuk mengatur masa melawat mereka.......

Saya tak pernah lupakan semua keluarga kandung, mertua dan angkat saya...

Saya sayang semua..

Airmata saya hanya mampu menitik secara intrinsik...

Maklumat untuk segmen pengucapan awam masih belum lengkap...

Saya sedang berusaha

6 ulasan:

Durrah Fatiha berkata...

Salam Zakiah,
Memang at some point, kita akan terkenang keluarga kita. Tp kadang2 perpisahan itu terpaksa berlaku, kan? Kak Durrah pun hanya dpt jumpa mak 2 atau 3 kali setahun je..

Aku berkata...

Salam Zakiah,

Ya..seperti makndak, bila umur makin meningkat ni,keakraban dengan family makin bertambah erat.

Alhamdulillah, dikurniakan adik beradik yang tinggal di dalam lingkungan KL & Selangor. Walaupon bertemu bila ada meeting keluarga atau meraikan hari bersejarah , namun keakraban itu tetap terjalin erat.

Dengan mak, selang sehari akan call dia. Rindu pada dia hanya Allah saja yang tahu. Nak balik selalu tak dpat, jadi hanya hp sajalah penghubung kasih antara kita dan mak.

zakiah berkata...

Salam Kak Durrah

Terima kasih kerana sudi menyinggah dalam kesibukan akak seharian.
Benar akak perpisahan itu terpaksa berlaku...
Itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri, ibu dan anak...
Sedih akak tapi apa nak buat ibu bapa pun sukar nak lepaskan kehidupan yang mereka dah lalui selama ini semata2 untuk bersama kita.

zakiah berkata...

Salam Kak Ros

Benarlah air dicincang takkan putus...
Zakiah selalu fikir jika ada sayap untuk terbang atau awak jadi kenderaan seperti dalam dragon ball dengan kelajuan yang tinggi mungkin kita boleh balik every week jenguk ibu bapa dan keluarga tersayang

Nannie berkata...

Salam singgah Zakiah ,
Salam kenal dari saya , suka baca catatan dan tulisan Zakiah ..

zakiah berkata...

Terima kasih Puan dan Cikgu Nannie

terima kasih juga kerana sudi singgah
saya akan selalu singgah di blog puan sebab sangat menarik gambar2 dan ceritanya
Insya ALLAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...